Best giler ari ni kami suami isteri cuti. Dalam seminggu kami kene kerja dari isnin sampai sabtu. Cumanya mama je keje ari sabtu separuh hari. Si aabh full day sampai kul 5.30 petang.
Macam biasa, pagi-pagi lagi Diana dah melangkah kaki ke pasar borong Chowkit. Plan ari ni nak masak kari kambing.
Sekadar gambar hiasan |
Dah terasa-rasa kat tekak gulai kambing ni. Nak-naknya kami sekeluarga memang gile kan menu ni.
Balik dari pasar chowkit, en husband tukar plan pulak. Nak masak gulai keli masak lomak cili api katanya.So layan kan jelah. Mak punya daging kamibing tu simpanlah nukkk. Esok-esoklah kita masak gulai kari kambing.
Kebetulan ikan keli ni adalah hasil en hubby memancing 2 minggu lepas. Ikutkan dah 2 minggu jugaklah ikan keli ni dok memerap kat dalam freeze diana tu. Sementara ikan ni nak defrose, en husband dok pegi mencari kayu bertujuan untuk menyalai ikan-ikan keli ni.
brand vantage lagi...tapi tidak memenuhi citarasa kami...... |
Pemanggang ajaib? Ada je. tapi kami sepakat tak suka kan hasil ikan yang dipanggang ,menggunakan pemanggang ajaib. Mungkin tekstur ikan yang kami inginkan, pemanggang ajaib tak dapat nak penuhi. Ewah! ewah! banyak songeh pulak kan. Jadi kami memilih jalan yang sukat iaitu dengan menyalai ikan keli terlebih dahulu.
Sementara en somi menyalai ikan...mama sediakan bahan-bahan utama.
Mula-mula blender cili api, bawang merah serta kunyit. Serai, titik-titik kan je.
Pastu blend pulak kelapa. Konon-konon nak dapatkan santan yang pekat. tapi tercair jugak. Kahkahkah.. Sebiji kelapa kut..pun still cair jugak.
pandangan dari jauh...orang kuat tengah menyalai si keli....kalau snap gambo dekat-dekat..harus keli-keli mak kene campak nuk...so kita snap dari jauh..kihkihkiuhh |
hasil amik snap gambar curi....ikan keli yang disalai begini..lagi sedap rasanya.... |
Si kakak dengan si adik pun bukan main seronok dapat berkelah diluar umah. |
Tadaaa...ikan yang sudah siap disalai. Melekat pulak kat jaring. jadilah macam ni hasilnya. Habis jahanam tekstur ikan salai ku. |
Amik ko! sekuali...maklumlah ada 5 ekor semuanya..... |
Anamak..gambar pulak blurrrr....macam nilah hasil gulai koli masak lomak cili api den....sodap dan menyongit! |
Sedap! pedas! dan menyengit! Selamat berhujung minggu!
No comments:
Post a Comment