18 January 2015

Pengertian Sebatang pokok

Salam subuh untuk korang. Kebiasaanya selepas solat subuh Diana mengaji sekurang--kurangnya dua muka surat. Biar hati tenang, tidak gundah gulana. Hari-hari berdoa semoga Allal permudahkan urusan Diana menjadi seorang hamba di muka bumi ini, dipermudahkan menjadi seorang seorang isteri yang hebat di mata suamiku, dipermudahkan menjadi seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya, dipermudahkan menjadi seorang mama mithali buat anak-anakku, dipermudahkan urusan perniagaan Shaklee ku, dipermudahkan segala urusan kerjayaku. Amin Ya Rabl Alamin.

Kalau  setiap ujung minggu sangatlah sibuk. Nak-nak sejak hari sabtu kene bekerja. Rasa tak cukup tanah nak lari. 

Ari ni dah sunday. Rutin ke pasar Chowkit nak memborong ikan, ayam, sayur, daging buah...semua nak diborong. senang beli untuk seminggu terus. Nanti balik kerja senang, lauk basah semua dah tersedia. Tinggal untuk dimasak je.

Pukul 10 pagi nanti ada discussion pasal keje pulak kat keramat. yang ni keje part time. tak tahulah sampai kul berapa. sebab banyak menda nak kene bincangkan.

Balik dari discussion nanti nak settlekan hal umah pulak. Nak melipat kain ada 2 bakul lagi, nak masak lagi, nak gosok baju sekolah anak dara lagi. Ada 9 pasang! amik ko! Pengsan mama nak basuh, pengsan mama nak gosok. 

Hopefully sebelum malam boleh  siapkan  semuanya. Sebab malam 100% nak fokus hal bisness pulak. 

Perempuan ni ibarat sebatang pokok yang rendang. Banyak cabangnya, banyak dahannya, banyak daunnya.

Renung-renungkan.....

moh ke pasar chowkit.........................


2 comments:

  1. Ibarat sebatang pokok yang rendang...

    Saya pun..baru nak menggosok baju sekolah 2 orang anak teruna saya...hehe..
    Baju jangan ceritalah berapa bakul yang nak dilipat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...kan...x abis2 keje org perempuan ni...

      Delete