- Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kenstabilan PH atau menyebabkan kegatalan
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita ketika menstruasi (haid)
- Gunakan pelapik seluar dalam (pantiliner) pada saat yang diperlukan sahaja. elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
- Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks
- Berjumpa pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika ada atanda yang dinyatakan di atas.
- Melakukan aktiviti yang menenagkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
sumber petikan : Harian Metro, 18 Januari 2015
Bagus untuk wanita...
ReplyDeleteKerana diana pun seorang wanita....
Deletetq for sharing..
ReplyDeleteinfo pting buat wanita
Sama-sama kasih....sbb info ni penting...tu yg wajib share....hihihi
Deleteterima kasih for the info... betul tu kata Lyafarina... info yg penting untuk wanita
ReplyDeleteSama-sama kasih...
Delete