06 January 2015

10 Fakta Tentang Medicago Sativa (Alfalfa)

Korang pernah dengar tak tumbuhan ni. Nama glamour dalam jenama Shaklee adalah Alfalfa. Nama kamus Medicago Sativa. Di kalangan penggemar tegar Alfalfa, ia dikenali sebagai jamu moden masa kini ataupun orang gelarkan kacip fatimah. 

Diana mula makan alfalfa ni pada bulan Ogos 2012. Sehinggalah sekarang masih konsisten. Apa yang Diana rasa, tang keputihan semua memang tak da...bersih gitu. 'clean and clear'. Selain dari tu Alfalfa ni super detok selepas vivix, detok dan herbalax. Lagi satu kalau jerawat sesat datang, Diana cepat-cepat upkan dose alfalfa. Sure, esok lusa kecutlah jerawat tu. 

Entry kali ni Diana nak kongsikan Fakta menarik tentang tumbuhan medicago Sativa.
  1. pada tahun 2012 , alfalfa berkembang di negeri-negeri utama seperti di California, Idaho, Montana dan Alfalfa kebanyakannya ditanam di utara dan barat Amerika Syarikat
  2. Medicago Sativa ditanam secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos / baja bebas kimia.
  3. Alfalfa juga dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan.
  4. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan herba
  5. Tangkai daun berbulu dan berukuran 5-30 mm
  6. batang menelusur tegak dari dasar kayu dan tingginya berkisar 30-120cm  
  7. Tumbuhan ini mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk membesar 
  8. Akarnya boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Ini menjadikan ia sangat berdaya tahan, terutaman untuk musim kamarau ia mempunyai genom tetraploid
  9. mempunyai bintil ( nodul ) akar yang mengandungi bakteria Rhizobium meliloti sehingga dapat menambat atau mengikat nitrogen dari atmosfera untuk keperluan tumbuhan
  10. Tumbuhan ini mampu hidup hingga 30 tahun bergantung dari keadaan persekitaran



    Nanti korang jangan ingat, alfalfa ni berasal dari rumpai laut pulak yer. Sebab ada satu masa dulu, kawan Diana bagi tahu, alfalfa ni bahan utama dia rumpai laut. Terkejut mak nuk bila dengar isu-isu hot ni. Apa lagi sampai umah terus carik gali maklumat untuk buat  sepuluh kali ten comfirmation. Huhuhuu.......

No comments:

Post a Comment