11 April 2015

Selamat hari lahir "nanja haikal"

Salam semua

Semalam Amar Haikal genap berumur 3 tahun. Pejam celik-pejam celik dah 3 tahun. Masa tu berlalu terlalu pantas.



Throwback Amar Haikal

mood dalam pantang..asyik tido je......





Umur sebulan



Dah besar sikit, tapi serius dah lupa bapa bulan.....



Gila susah nak snap gambar ni. Sbb si bujang haikal amat payah nak selfie......


kecik-kecik dah pandai pegang botoi...weeeeee



Sehingga sekarang...haikal masih suka 'mengerutkan dahinya'....hihihi


Terus membesar



tak suka berselfie..nilah hasilnya


Terlebih maluuuuu


Haikal dulu lahir kecik je.....2.75kg. Yang ni  rezeki dapat deliver normal. Huhuhu.....really enjoy experience. 

Si kakak dulu bersalin secara 'ceser'. Orang selalu tanya Diana, which one paling best? Hahhahah...Dua-dua best. Sakit tetap sakit kan....Tak gitu?



Cerita Amar Haikal

Pertama, Diana dapat lahirkan Haikal secara normal. Alhamdulilah dari awal mengandung sampai lah melahirkan, proses yang sangat mudah.


Kedua, masa zaman Haikal lah...Diana kenal suppliment shaklee. Sebab masa tu sepenuhnya breastfeedkan haikal. Bonusnya Haikal menyusu sampai terlajak 2 tahun. (^_^)


Ketiga, dugaan masa haikal berumur 7 bulan, dia dah disahkan ada asma atau kata lainnya 'semput'. Itulah dugaan paling besar buat Diana. Susah sebenarnya bila anak berusia terlalu kecik, dah diserang asma. Pamantauan yang amat teliti kene buat. Kalau tak mudah melarat dan menjadi teruk. Sampai Diana kene tukarkan  haikal ke tempat pengasuh baru. Sebab nak kuatkan sistem imun badan dia kembali normal.


keempat, Diana cuba amik langkah pencegahan awal dengan suppliment. Yang pastinya Diana memilih meal shakes jenama shaklee untuk haikal. Haikal lah anak pertama yang amik suppliment seawal usia setahun. Berbanding dengan kakak yang tidak mempunyai masalah kesihatan ketika kecil.


Kini, Haikal semakin sihat, cergas, aktif. Dan Paling tak boleh bla dia masih 'pelat berkata-kata'....Huhuhuhu.........


Nak buat macam mana ekkkkkkk??????????????



Buntu!!!!!!!!!!!!



Akhir kata,


Mama sentiasa doakan anak-anak mama menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Insyaallah.



Love u babyyyyyyy












Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini

09 April 2015

Cerita anak 'downline'



Salam  semua,



Ada sesiapa yang pernah buat bisness MLM tak? Secara umumnya Shaklee juga adalah bisness MLM. Kita ada upline. Dan juga dowline.

Diana pun ada seorang dowline. Kebetulan downline Diana ni sepupu sebelah suami. Nama dia Siti Aminah. Nama glamour Siti.

Diana tertarik nak cerita pasal Siti ni bukan sebab dia hebat buat ‘sales’ berjuta-juta. TETAPI dia seorang yang kuat semangat dan berjiwa kental. 

Pada usia semuda 23 tahun, Siti sudah menjadi anak yatim piatu. Tanggal 5hb Oktober 2013, ibunya telah kembali ke rahmatullah. Arwah ibunya menghidap penyaklit misteri. Selepas tu Siti lah membantu ayahnya  untuk menguruskan adik-adiknya. Disamping menguruskan hal rumah tangganya. Untuk pengrtahuan semua, Siti ni telah berumah tangga dan pada ketika itu dia telah mempunyai seorang cahaya mata. Dalam masa yang sama tengah mengandungkan anak ke dua.

Langit tidak sentiasa cerah, pada 26 hb Jun 2014 bapa Siti telah kembali ke rahmatullah. Tinggal lah siti dengan adik-adiknya.

Siti merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Sekali gus memikul tanggunghjawab sebagai seorang ibu dan bapa untuk adik-adiknya. Apa jua masalah, Sitilah tempat adik-adik bermanja. 

Dibahu ini, tempat Siti meluahkan segala masalah yang ditanggunggunya. Cuma apa yang Diana nampak, Siti memang seorang yang sangat positif dan kuat semangat.Walaupn jauh di sudut hati dia sangat merindukan kedua ibu bapanya. Dan bukan mudah untuk memikul tanggungjawab untuk membesarkan adik-adik.

Jadi kita yang masih ada ibu bapa ni, HARGAILAH ibu bapa anda selagi mereka masih ada.

Cerita Siti tidak  terhenti di sini sahaja, pada 27hb Feb 2015, Diana dapat berita melalui FB, Siti terlibat dalam kemalangan.  Ya Allah! Semoga Siti tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.

Kejadian berlaku pada pukul 11 malam. Siti tidak mengalami kecederaan serius CUMA luka dibahagian mata sebelah kiri yang sangat teruk. Masa Diana datang melawat dia di Hospital Putrjaya, Keadaan matanya nampak teruk. Amat jelas kesan jahit di kawasan sekitar mata. Kesan luka yang dalam. Kesan dari terkena serpihan kaca.

Siti terlantar di hospital selama seminggu. Selang beberapa hari, Diana menghubungi Siti untuk bertanyakan khabar. Dengan penuh berkeyakinan Siti memberitahu bahawa mata sebelah kiri tu sudah tidak berfungsi. Kata lainnya ‘Buta’. 

Sungguh hebat dugaan Siti.

Adakah kita mampu untuk menerima dugaan dan cabaran sehebat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga ni, “Siti dah buta kak, tapi siti bersyukur sekurang-kurangnya Allah tak amik dua-dua mata siti. Allah masih tinggalkan sebelah mata lagi” Berderai air mata Diana. 

Jiwa dan fizikal nya masih muda. Terpaksa menempuh onak dan duri di alam fana ini.
Sesungguhnya perancangan Allah tu sangatlah indah dan terbaik.  Tidak pernah kurang, Tidak pernah terlebih. Tidak pernah terlewat walau hanya sesaat.

Semoga Siti terus tabah menghadapi ujian hidup ini. I'm proud of u!

Gambar siti bersama anak-anak dan suaminya

Masa kejadian.....

Gambar terbaru selepas kemalangan tersebut.



08 April 2015

Sirap merah....



Salam semua…



Alhamdulilah…akhirnya dapat juga Diana menghirup ‘sirap vivix’ Shaklee ni. 


Wow! Not bad! Rasa dia macam ‘rebina’. Rasa resbery plus anggur.  Rasa semulajadi, pekat dan melekat. Tapi taklah sampai tahap susah nak telan. Sukatan nya hanya sesudu teh je.

Vivix ni sejenis cecair. Berwarna merah darah. Ia merupakan sebatian yang pekat.

Pada  mereka yang menghadapi kesukaran menelan vitamin dalam bentuk pil, vivix dalah pilihan yang terbaik. Sebab ia sejenis cecair.



Mari kita semak apa bahan-bahan yang terdapat dalam vivix ni.

Vivix terdiri daripada empat bahan utama iaitu polygonum Cuspidatum, muscadine grape, European Elderberries dan purple carrot.

Bahan-bahan utama vivix..Yang pastinya semua SEMULAJADI



Siapa yang memerlukannya


  • Pesakit SLE
  • Wanita/lelaki yang berisiko penyakit kanser akibat keturunan atau sudah menghidap kanser
  • Diabetes
  • Strok
  • Darah Tinggi
  • Cyst
  • Bantu baikpulih ketagihan merokok
  • Masalah mata
  • Pesakit jantung
  • Kulit kusam @ berjerawat
  • Kesan melecur 
  • Wanita/lelaki yang ingin mengurangkan apa jua jenis penyakit




Testimoni

Akibat kesan melecur



jerawat



kulit kusam bertambah glowing


Strok



Artis pun hirup vivix.....



Detok untuk perut buncit....





Kalau korang nak cuba hirup vivix Diana tinggalkan no contact Diana di sini ye

Whats app 0193250676



Sekian, pekongsian untuk hari ini. Semoga jumpa lagi di entry akan datang. Bye.











Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

05 April 2015

“I'm not mrs perfect 10"




Salam Korang!

Banyak cerita nak story mori dengan korang….Salah satu cerita bertajuk “I'm not mrs perfect 10"

Kejadian berlaku kat station minyak. Lampu  berwarna orange dah menyala. Masa untuk mengisi minyak. Dengan langkah penuh semangat Diana kuarkan ‘kad kering’.Untuk buat bayaran. Memang niat tak mau guna cash.

Taraaaaaa!




Bila masukkan  kad bahagian insert kad  tu… status ’Kad Decline’. Aik dah kenapa decline pulak. Diana cuba sekali lagi. Still decline. Sob-sob…sambil menarik nafas panjang…..

Langkah seterusnya…Diana pegi kat kuanter. Dengan penuh bangga, budak kat kuanter tu cakap…kad akk dah expired ni. What! Dah expired. “ Tak pelah Dik! 

Dalam hati dok berkata-kata..asal pulak expired,bukan hari tu aku dah renew ke? Tak pasal-pasal kene kuarkan cash pulak..Yelah kang ada pulak kene tolak kete.

Tiba-tiba baru Diana teringat, hari tu Diana nya kad memang ada masalah. Cip tak boleh nak baca. So tuklar kad lain sbb isu cip rosak. Bukan isu kad renew. 

In honestly memang tak perasan kad tu dah expired on Mac 2015.

Grrrrrrrrrrrrr


Kan I dah cakap 'I’m not mrs perfect 10'

Hari ni dengan bangga nak pg isi minyak lagi. Maklumlah dah dapat  kad baru.


Seeeeeee kad expired on 3/20

Tetapi malang tidak berbau ‘ Kad masih tak boleh dibaca. Uwaaaaaaaa! Kene kuar cash lagi. Kali ni mugkin sebab kad tidak diaktifkan selepas kad direnew. 

Rasa nak jerit sekuat hati. 


Diana kene terima kenyataan that ‘im not mrs perfect 10. Diana memang jenis tak particular. Tak detail.

Buktinya

Kalau beli baju, Diana never check back. Diana hanya akan nengok saiz je. Yang lain-lain kim salam nak check. Macam dah jadi satu habit. Kadang-kadang tak nampak pun baju tu kotor ke? koyak ke?..serius memang tak 'menelek'

Kalau buat keje yang bos kasi pun..i never check back. Tu pasal bila buat claim..banyaknya kesalahan.(^_^)

Lagi satu..kalau minum air dalam cawan…Diana main minum je. Kut-kut dalam air tu ada tahi cicak pun  tak perasan. Hahhahah…..nasib badanlah kannn

Manusia memang tidak pernah sempurna. Tapi kita tetap kene berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik. Walaupun bukan sempurna 100%


CUMANYA

Kalau tang mempacking customer  barang..yang tu memang 1000 kali Diana check. Jangan carik pasal. Sat lagi orang order lain kita pos lain. Tu namanya ‘NAHAS MENANTI’. 

Hahhahah


Sebelum pos barang ke customer pun..1000 kali check. Takut tersalah address. Naya nuuuu….
Semua kene buat dengan teliti.


CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT! Betui tak?






Sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee boleh terus menghubungi
Diana 0193250676





Sekian. Jumpa lagi.




Terima Kasih dengan setiap Kunjungan anda di blog ini.