31 March 2015

Kawal Kolestrol Anda

Salam untuk semua


Hari ni nak sembang pasai bab kesihatan pulak. memandangkan lately banyak sangat skip makan vitamin. Adus! "Tauke vitamin dah jadi "tauge". Huhuhuhuu... nak kene pecahkan tabung nampak gayanya. Berkorban demi kesihatan.

Ok...ok...kita sambung cerita seterusnya

Topik hari ni "Makanan Yang Banyak Kolestrol"

Korang tahu tak? Paras kolestrol yang tinggi dalam darah akan menyebabkan kita mudah dihinggapi penyakit jantung dan darah tinggi. Jadi amatlah penting untuk kita menjauhi atau mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolestrol di dalamnya


Makanan Yang Berkolestrol
  • Paling Rendah : Sayur-sayuran dan buah-buahan (0-100 miligram bagi setiap 100g makanan)
  • Rendah : Ikan, keju dan susu (10-30 mg bagi setiap 100g makanan)
Makanan yang berlemak dan berminyak hendaklah diambil seminima yang mungkin. Makanan yang seimbang mestilah mengandungi:-

6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi

3-5 hidangan daripada kumpulan sayuran hijau

2-4 hidangan daripada kumpulan buah-buahan

2-3 hidangan daripada kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang

2-3 hidangan daripada kumpulan tenusu iatui susu, keju, dan dadih.


Jangan risau! kalau sesiapa yang ada masalah kolestrol tinggi ni..korang boleh cuba kawal dengan pengambilan suppliment atau nama lainnya vitamin. TETAPI dalam masa yang sama kene jaga juga pengambilan makanan-makanan yang kita ambil setiap hari. Orang kata biar seiring dan sejalan..... tak gitu?



 phytocolst



OmegaGuard

Lecithin

Semua suppliment di atas sesuai untuk mereka yang mempunyai MASALAH KOLESTROL. Yok cuba! 



WHATS APP  0193250676
COD : SETAPAK, DANAU KOTA, PLAZA IDAMAN, JALAN GOMBAK, KG PADANG BALANG,  GREENWOOD, BATU CAVES, SELAYANG. 

kalau nak COD di lain-lain tempat atas budi bicara tuan tanah yer. Apa-apa masih boleh dirundingkan. 

Kalau nak terjah FB Mar Diana
Kalau nak main-main email mardianaabudarin@gmail.com
















Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.


29 March 2015

Jadual Waktu

Salam untuk semua..........

Lama gile tak sembang-sembang di sini. Sibuk tahap maksima. Ditambah lagi dengan kesihatan yang tak mengizinkan. 

Hari ni alhmadulilah diberi kesempatan singgah di sini untuk kemaskan apa yang patut. sebelum berswang. (^_^)

Apa yang Diana belajar dari kesibukan yang lepas. Diana betul-betul perlukan time schedule. Sebelum ni ada buat..tapi nampaknya kene dirombak semula.

Sebagai seorang hamba, isteri, mama, pekerja, peniaga online, juga seorang 'maid'...masa tu perlu diperuntukan dengan sebaik-baik mungkin.  

Kadang-kadang sampai satu tahap..i need 24 hours plus plus. Kannn. Tapi tu tandanya i can't manage my time very well. kadang-kadang rasa tak boleh nak terima kenyataan. Kadang-kadang marah pada diri sendiri. Why? Why? Why?

At the end jumpa jugak jawapan tu. Pokok pangkal pada diri sendiri. Tak perlu nak menunding jari pada orang lain.

Semua orang kat dunia ni diberi masa 24 jam sehari. Tak kurang dan tak lebih. Jadi pandai-pandailah manage masa dengan bijak.

So apa tu ggu lagi...jom buat jadual waktu!


Almost siap perancangan untuk April...jom sama-sama disiplinkan diri..huhuhuhu.....

 












Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.


23 March 2015

Penyukat suhu badan

Sabtu lepas Haikal demam. Bila anak-anak demam mamalah orang pertama yang akan risau. Nasib ada mende alah ini. Penting yer 'penyukat suhu' badan ni. Terutama for those yang dah beranak pinak. Macam Diana. 

Termometer model 2009...sekarang dah ada jenis digital. Rasanya lebih mudahh untuk digunakan. Compare patern yang macam ni, kene sembunyi 'bawah ketiak'

Sekali sukat, amik 38.7 terus. Memang panas. Biasanya Diana pantau dulu kat umah. Sebelum bawak ke klinik.

Petang tu,bangunkan Haikal mandikan dengan Basic H. kemudian kasi haikal 2 biji chewable vitamin C. Dalam masa yang sama sentiasa lapkan Haikal dengan tuala basah. Siap lap dengan air batu. Ganas tak ganas mama nya. 

4 jam sekali sukat suhu badan dia. Masih dtahap berjaga-jaga. Tak cecah 39 lagi. Dalam hati kalau dah sampai 40 haruslah serah diri dengan doktor. Sepanjang malam..Haikal merengek-rengek. Biasalah budak-budak kalau demam. Meracau-racau lagi.  Dengan mama pun meracau jugak. Tak cukup tido.Hihihii

Keesokan nya sukat suhu haikal lagi. Dah kembali normal 37.8. Cuma tingal saki baki demam sahaja. Ada kemungkinan Haikal demam sebab cuaca sekarng yang tidak menentu agaknya. Yelah tak da selsema, tak de batuk, tiba-tiba suhu badan naik. 

Yang penting ari ni dah fully recover. Barulah mama senang hati..........................



Moral of the story
Kalau kat umah ada basic H, mandikan si kecil anda dengan basic H. Kalau dapat lap-lapkan juga dengan tuala basah. Pun dengan sebatian Basic H. Pastu make sure kasi Vitamin c. untuk mengukuhkan sistem imun badan si kecil. Akan tetapi...Ibu-ibu harus sentiasa PANTAU keadaan si kecil anda. Kalau suhu dah mencapai 39 harus mengambil langkah bijak ke klinik@ hospital berdekatan anda.












Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.



Gigitan ulat bulu

Salam semua.......


Semalaman Diana tak boleh nak tidur. Gara-gara gatal satu badan. Asyik menggaru je kejenya. Makin digaru makin syok pulak. 

Ligat mencari apa punca dan musababnya. Serasa Diana dulu-dulu memang Diana ada kes alergi. Tapi itu 10 tahun yang lepas. Zaman belajar di universiti. Masalh alergi tu ikutkan dah hilang. Cuma kadang-kadang je datang. Tapi dia bukan datang dalam bentuk gatal-gatal satu badan. Gatal-gatal macam kurab je. Oppppssss...malu nak sebut kurab. Hihihihi.....

Bila bangun pagi tadi, cepat-cepat nengok kesan gatal tu. Macam kesan gigit nyamuk. Taupaun orang tua-tua cakap macam kene 'sembur puntianak'. AWAS!

Dalam hati pikir maybe alergy menyerang kembali. kat umah memang tak de ubat alergic. Yang ada hanya vitamin sahaja. Cepat-cepat Diana telan Garlic Compleks. Sebab garlic compleks meruapakan bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Manalah tahukan boleh kurangkan masalah gatal tu. 

Gatal-gatal tu terkawal. Still menggaru juga. Cuma tak jadi lebih teruk. Bila husband balik dari keje, Diana tunjukkan dengan dia. Dengan senang hati my hubby kata itu kene 'ulat bulu'. 

Ulat bulu???????????? . Masa buat entry ni pun jenuh  terkial-kila menggaru lagi. Cubaaan! Baru teringat nak sapu guna herbal blend. Jom kasi sapu krik herbal blend dulu....

Harap-harap lepas sapu dengan krim Herbal belnd ni boleh tido lenalah malam ni. (^_____^)

















Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

21 March 2015

Mencari kerja baru

Sejak bekerja on 1/2 day every saturday..masa tu berlalu ibarat macam air hujan. Tak sempat nak tadah. Memang terasa yang amat. Adjusment masa harus dilakukan dengan teliti. Ayat tak boleh bla! Serius. Bekerja seminggu 5 hari obviouslay different dengan berkerja seminggu 6 hari.Berbeza tu  sebab ari sabtu pening kepala nak antar dua  orang askar ke mana. Sapa nak jaga? Ada masanya adik Diana datang tolong jaga, ada masanya kakak ipar tolong jaga. Baby siter? 

Diana ada dua orang baby siter. Yang sulung dengan orang lain. yang kecik orang lain jaga. Pendek cerita sorang utara, sorang selatan. Kenapa kene amik baby siter lain-lain? Panjang ceritanya........

Dalam hati korang mesti tertanya-tanya kan? Dah tahu macam tu, kenapa masih nak keje hari sabtu? Tu yang korang tak tahu. Kisahnya masa Diana attend interview dulu, Diana memang tak terlintans pun sabtu kene keje. Jadi Diana buat andaian sendiri sabtu cuti. Dan bila dapat offer letter, rasa nak gugur jantung ni bila dapat tahu sabtu keje. Tapi nasi dah basi, what should i do? 

Oleh yang demikian, sekarang bertungkus lumus semula mencari KEJE LAIN. Kali ni memang buntangkan mata betul-betul. Waktu bkerja MUST be 5 days working day. No more working on saturday. 

Memang akan lebih berhati-hati. Harap-harap cepatlah dapat keje baru. Back to bidang lama balik. "Account Deparment"








Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

19 March 2015

Minuman khasiat pesakit gastrik


" Wawa kenal dengan ESP bulan 3/2014. Waktu ni first promosi selepas wawa join ahli. Wawa ada gastrik yang agak teruk, dari dulu wawa kene standby ubat gastrik kat rumah yang rasa macam ubat gigi clor putih tu. Ya Allah, nak telan pun tak lalu. Dari zaman remaja wawa sakit gastrik,langsung tak boleh lapar, gastrik pasti menyerang, Start bulan 3/2014 wawa ambil 1 sudu je setiap pagi, konsisten setiap hari. Cuma kadang-kadang ada termiss jugak. Yang BEST nya, dan sangat pelik, angin gastrik langsung tak datang menyerang.. Alhamdulilah, asbab ESP sakit gastrik yang bertahun-tahun wawa alami, hilang dengan izinnya." Puan Wawa


Energizing Soy Protein adalah produk keluaran Shaklee yang terpanas pada abad ini. Ia diformulasi untuk membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit cantik, halus,gebu,berseri, anjal, memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan sihat, kurang letih, serta suplemen asas untuk badan sihat, langsing,dan awet muda. Disampaing itu kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah sebanyak 39 , menjadikan ia sangat sesaui juga kepada penghidap kencing manis.

Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi Diana ditalian 019-3250676. Pada harga runcit RM150 setin (850g). Untuk mendapatkan harga promosi boleh pm Diana segera hingga 28hb Mac 2015 Sahaja.

18 March 2015

Cerita ilmu memasak

Haiiiiii

Jumpa lagi. Untuk mereka yang bergelar kaum hawa...pada umur berapa korang dah didedahkan dengan dunia masakan? Tamat sekolah? atau  Setelah berumah tangga? 

Tetiba Diana rasa amat bertuah, sebab mak Diana banyak sangat menurunkan ilmu memasaknya dikala umur Diana 14 tahun. Mak memang guru terhebat. Mak Diana seorang yang garang dan sangatlah tegas. Kata lainnya memang tak pernah kasi 'chance' lansung kat Diana nak berfoya-foya. Macam anak-anak sebaya Diana di kala itu.

Pada usia 14 tahun, mak dah train Diana beli ikan basah dipasar. Ingat lagi masa tu mak tingglkan RM10. Jadi kene pandai-pandai cari sayur plus lauk yang sesuai. Dah yang pastinya mesti tak over budget. Masa tu belajar kenal ikan. Macam mana rupa ikan merah, ikan parang, ikan tenggiri, ikan sardin, iakn kembung,  ikan kerisi. Serba serba ikan kene tahu.  Sebab kalau tersalah beli ikan, buruk padanya. Sebab ayah Diana jenis yang fussy. Ada beberapa jenis ikan, dia tak makan. Jadi memang kene nengok betul-betul. 

Apa yang menariknya, masa tu lah Diana dah mula belajar manage masa dengan baik. Mana taknya, masa tu Diana di tingkatan 2. Bersekolah sesi petang. Jadi sebelah pagi mak akan ke kebun. Mak Diana seorang  penoreh getah. Keluar pagi dan balik sebelum kul 12. Dalam jangka masa tu Diana kene kemas rumah, buat keje sekolah, jaga adik serta memasak. Wahhhhh!

Hari-hari wajib masak sebelum ke sekolah. Mak kata sedap tak sedap tu tak penting. Yang penting practice make perfect. Memag betul. Orang kata memasak ni bukan ari ni masak, terus jadi sedap. Semua amik masa. Kene practice hari-hari baru dapat hasilnya. 

Nak tahu macam mana cara mak Diana ajar memasak?

Gambar pinjam dari google...hiihihi..

Contoh menu sambal ikan.

Mula-mula mak akan ajar cara sediakan bahan-bahan. Berminggu-minggu belajar sediakan bahan-bahan. Banyak mana nak guna cili, bawang poutih, bawang merah.

Bila dah pass bab penyediaan barang, mak soh belajar menumis pulak. Siapa kata buat sambal ikan senang. TIPU! For the first time Diana tumis sambal ikan, cili tak masak, terlebih minyak, terlebih asam jawa, terkurang garam. semua serba tak kena. Mak Cekak pingggang je. Boslah katakan. Hahahahha...... Setiap hari belajar memperbaiki. Tapi kalau tanya sekarang, mestilah dah terrror kan. Bak kata ayah Diana, 'akak kau masak dah macam mak kau masak!" Bangga sat akak kau! (^_^)

Agak-agak korang anak dara sekarang umur 14 tahun dah pandai masak? Jawapan yang sukar untuk dicari. Sebab zaman sudah banyak berubah. 

Pada pendapat Diana moden macam mana pun, WANITA harus ada ilmu memasak. Biarpun  tak sehebat chef wan, chef zubir, cheft Anita tapi biarlah hebat dimata suami tercinta. Air tangan seorang isteri banyak barakahnya.


Sekian. Untuk perkongsian ari ni. stok vitamin jangan lupa. Nak-nak 'ALFALFA'. Pengikat kasih sayang suami isteri. Jumpa lagi!













Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.



17 March 2015

Hijab moden masa kini

Korang perasan tak? Sekarang ni fesyen berhijab sangatlah banyak. oramg melayu kata tumbuh macam cendawan. Macam-macam patern, macam gaya. Nak gaya belit-belit, nak gaya simple, nak gaya sarung, Nak gaya waning, gaya tak da awning....haaaa..macam-macam.

Tapi Diana bukan yang nenins trned pun. I'm simple person. Bukan dari kategori yang dresing-dressing tu. As long menutup aurat. 

Agak-agak raya tahun ni nak pakai patern yang macam mana yek? Ni antara pilihan Diana. cuma tak decide nak yang mana je lagi. 

Diana suka pakai jenama ni sebab senang, terus sarung je. pastu awning dia pun terletak je bila kita pakai. CUMA nya penjagaan yang amatlah rumit.

Ariani pun best jugak. Pun jenis sarung je. 


Zawara ni serius tak pernah Cuba. Manalah tahu kut-kut terbuka pintu hati nak ber shawl raya ni. Hihihihi
Cloverush pun nampak nice. diana dah singgah ke butik dia. Actually dia banyak design. Shawl pun ada. Tapi Diana fokus yang jenis sarung je. hahahhaha....

Cun sangat patern ni. Tapi 'mak' surrender pakai yang lilit macam ni. Mahu pecah cermin dibuatnya. memang failed pakai yang lilit macam ni.
Diana ada beli selai Sugarscarf ni pastu buat 'tukun' je. Tak reti nak pakai..lilit. Actually cantik, TAPI tulah....nak nangis dibuatnya. belit-belit asyik tak jadi je. last-last give up! Huhuhu

Neelofa? Real memnag cun. Tapi tak pernah rembat lagi. Maybe tahun ni nak cuba yang ni kut. Kutlah. Nak pg google butik dia dulu....orang kata kat TTDI ada. Idoklah jauh sangat dari umah hamba.

Berbawal jelah senang kan. Tapi idoklah pakai lilit. dulu pernah rembat selai, dua..tapi bidang dia besar. diana ni pulak bangsa kecik, bila nak pakai lebih cantik dililit. Tapi bila nengiok Datin Juma pakai, nampak nice je. Yelah orang pun dan cantik, pakai apa pun cantik (^_^)

 
Bawal kangroo. Yang ni nak lilit-lilt pun  mudah. Kadang-kadang ada jugak Diana try lilit. tapi kadang-kadang. Kebanyakan suka yang sarung je. Huhuhu



Rasa-rasa mana pilihan korang? Yang suami-suami bolehlah belikan untuk isteri tersayang. Diana kongsi idea je. Selebihnya up to u. Sebab Diana pun masih samar-samar, termimpi-mimpi lagi nak plih yang mana satu.


Sama-samalah kita memilih yer.


























Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.






16 March 2015

Rahsia awet muda masa kini

Lama sungguh tak bersiaran. Busy yang amattttt. Hanya tuhan yang tahu. Dari sehari ke sehari merompak masa, tapi asyik kene tangkap je. Ari ni setelah ditinjau kanan, ditinjau kiri, kuredah jugak. Berjaya menghapad labtop untuk mengupdated status di blog kesayangan hamba.

Sebelum tu jangan lupa, minum secawan esp setiap hari.  Memang teruja nengok geng-geng yang semakin gebus-gebas selepas konsisten minum ESP.

Antaranya si kakak Jaja ni...kalau korang nak tahu umur kak Jaja ni dah nak menjangkau awal 40-an, tapi mantain cun. kecik molek je orangnya.


Lagi sorang, kak mai. Pun sangat cun melecun. Agak-agak korang bapa umur dia? Dah 45 tahun korang. 

Teruja betul Diana dengan kecantikan mereka. Ni lah namanya KESAN PENGAMBILAN ESP!

Anda bila lagi?

 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Diana. Korang boleh sms, boleh whatasapp, boleh telegram dan juga call di talian 0193250676

11 March 2015

Sejauh manakah Soya dikatakan berkhasiat dan selamat untuk ibu hamil

10 March 2015

Khasiat buah betik

Salam semua....

Siapa suka makan buah betik? Dulu-dulu ingat lagi, mak Diana selalu masak gulai lemak betik muda plus dengan sambal goreng ikan bilis pastu goreng ikan masin. Walaaa! Sedap. Kalau makan tu tak toleh dah kiri kanan. Al-maklumlah..'awak' ni jenis selera kampung. Kalau dapat betik masak pun ok. Tapi kalau kat Kuala Lumpur ni rasa macam tak berbaloi nak beli sebiji buah betik. Yelah kat kampung buat main golek-golek je. Tetiba kat Kuala Lumpur nak kene beli. Kadang-kadang dah teringin sangat tutup mata jelah beli. Nak buat lagu mana kan......

Orang kata BETIK BOLEH TINGKATKAN KESUBURAN? Macam mana tu?

Seperti yang diketahui, buah betik yang memang kaya dengan vitamin C dan merupakan ANTIOKSIDAN yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma?

Tahukah anda kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma? oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian anda. Selain dari itu pengambilan 500mg vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.


Suplemen Terbaik untuk lelaki selain dari Vitamin C adalah seperti Vitamin E, Coenzyme Q01, Selenium, zink dan juga asid folik. vitamin-vitmin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti sperma untuk lelaki KHUSUSNYA pada mereka yang mengalami masalah kesuburan.















Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

09 March 2015

Jenis Vitamin

Salam semua......

Korang tahu tak? Dalam dunia ni ada berapa jenis kumpulan vitamin? Semalam Diana terbaca artikel pasal vitamin ni. Jadi Diana copy pastekan untuk manfaat bersama.

Credit info dari Surat khabar Harian Metro 8hb Mac 2015

Vitamin terbahagi kepada 2 jenis kumpulan iaitu larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak akan disimpan di dalam lemak dan hati. Ia boleh bertahan dalam tubuh untuk berapa hari sehingga beberapa bulan. Contoh vitamin larut lemak adalah vitamin A, D, E dan K.

Manakala Vitamin larut air pula akan disimpan dalam kuantiti sedikit kerana ia segera dibuang oleh tubuh melaui air kencing. Bagaimana pun  vitamin ini diperlukan secara berterusan oleh tubuh badan. Contoh vitamin larut air adalah vitamin B dan C.

  1. Vitamin A (Retinol) menguatkan pertumbuhan tulang, meningkatkan pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta pembentukan penglihatan yang baik. Diperoleh dari sumber telur, daging, susu dan produk tenus, ikan, sayur hijau, cili merah, pisang dan betik.
  2. Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, meningkatkan selera makan, memperbaiki sistem pencernaan, penjagaan tisu mata, membantu proses metabolisma tubuh. Diperoleh dari susu dan produk tenusu, gandum, ikan, telur, daging, kacang, roti, bijirin dan sayur hijau.
  3. Vitamin C (Asid Askorbik) membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem imunisasi tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. Diperoleh dari buah, tomato, brokoli dan limau.
  4. Vitamin D mengekalkan pertumbuhan normal dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi. Diperoleh dari cahaya matahari, keju, susu, ikan, ayam, kuning telor.
  5. Vitamin E memperbaiki fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antiokisdan, vitamin ini bermanfaat bagi mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan. Diperoleh dari susu, kuning telur dan sayur.
  6. Vitamin K memperbaiki sistem peredaran darah dan penyembuah luka. diperoleh dari sayur hijau dan bijirin.

Contoh Vitamin larut air





Contoh vitamin larut lemak











Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

08 March 2015

Tip mengurangkan masalah jeragat serta merawatnya

Salam korang? Sihat? Syukur alhamdulilah masih diber nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan liku-liku hidup sebagai seorang hamba, sebagai seorang isteri, sebagai seorang mama, sebagai seorang pekerja dan sebagai pengedar Shaklee. Huhuhuhuu.....Sehari tanpa berlari mencukupkan dan mensmepurnakan hari-hari yang dilalui adalah satu rutin hidup. Bohong kalau Diana katakan TIDAK PENAT untuk semua ini. Tapi sekarang bukan nya masa yang cukup sesuai untuk bersennag lenang. Cukup sekadar dapat merehatkan badan di kala malam hari.

Wow! terpanjang pulak madah pembuka untuk hari ni. Hihiiihii...Actually entry kali ni Diana nak sembang pasal KECANTIKAN. Tipulah kalau seorang yang bergelar wanita tidak obseskan kecantikan. Kan? Honestly Diana sangat obseskan kecantikan. 

Sembang kali ni Diana nak cerita pasal jeragat. sebab muka Diana pun dah start naik jeragat. Nak-nak spesis kulit yang agak cerah ni. Bukanlah nak kata Diana berkulit mat saleh. Tapi tulah masalahnya sekarang. Bila umur dah masuk 3 series ni, banyak part kene tampung. Sebab nutrisi dalam badan dah makin berkurangan. (^___^). Macam mana nak cantik kalau satu muka penuh dengan jeragat kan? Adus! memang tak cantiklah gamaknya!

Jeragat atau hyperpigmentasi pada kulit muka menjadi masalah yang sangat lumrah di abad ini. Jeragat disebabkan sel kulit dari jenis melanosit menghasilkan lebihan pigmen  melanin yang melekat pada sel kulit yang menyebabkan warnanya menjadi lebih gelap. Penghasilan melanin ini menggunakan enzim tirosinase, oleh itu menghalang aktiviti enzim ini boleh mengurangkan masalah jeragat.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan jeragat terjadi adalah:-
  • Faktor genetik atau keturunan
  • Perubahan hormon
  • Merokok
  • ubat-ubatan tertentu
  • Pekerjaan, umur dan jantina
  • Seseorang yang berkulit cerah dan selalu terdedah kepada cahaya matahari
  • Seseorang yang bekerja sambil terdedah kepada suhu tinggi seperti tukang masak 
7 Tip untuk mengurangkan masalah dan merawat jeragat
  1. Elak berjemur atau terdedah kepada cahaya matahari yang terik pada tengah hari dan petang
  2. Guna krim pelindung matahari tanpa minyak dan tidak menyebabkan jerawat dengan kekuatan sekurang-kurangnya faktor pelindung matahari (SPF30)
  3. Bagi yang ingin menggunakan produk menghilangkan jeragat, biasanya ia mengandungi bahan yang menghalang aktiviti enzim tirosinase seperti asid kojik, asid azelaik, alfa arbutin, asid mandelik dan hidroquinone. Bahan ini hanya boleh diberi oleh doktor bertauliah, terutama hydroquinone.
  4. Beberapa makanan tambahan dan vitamin boleh membantu mengurangkan jeragat seperti vitamin C dan vitamin A dalam bentuk asid retinoik. Makanan tambahan antioksidan dari buah-buahan seperti buah beri, beri biru, beri hitam, acai beri dan strawberi juga boleh membantu mengurangkan jeragat.
  5. Makanan tambahan seperti glutathion dan asid alfa lipoik juga boleh membantu mengurangkan jeragat.
  6. Rawatn menggunakan mesin mikrodermabrasion dan mesin laser tertentu. Dapatkan konsultansi dan rawatan dengan doktor bertauliah yang terlatih untuk menjalankan rwatan ini
  7. Amakan pemakanan sihat yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memberi perlindungan kepada kulit dan mengelak jeragat.

(Sumber info : Harian metro ms E26, 8hb Mac 2105, Ruangan Dr Norman Mohd Norawi)

Rawatan alternatif

SET JERAGAT OWESOME ni paling digilai ramai. Kesan paling optimum.

Yang ni SET BUDGET.


Yang nak cuba tapi budget kecik..jangan risau..boleh cuba yang singlenya.
Jom kekal cantik TANPA jeragat.










Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.   
 

07 March 2015

Testimoni : kisah fawiza, rahim hampir kene buang

korang baca TESTIMONI  ni. Diana rasa bersalah kalau tak cerita dengan korang semua. Jadi Diana copy paste kan di sini as references. Testimoni ni Diana copy paste dari blog mamafaiz.com.  Semoga bermanfaat untuk semua orang



Saya mula berkenalan dengan vitamin-vitamin Shaklee ni pada Feb 2013 (diam xdiam dah2 tahun) jadi pengguna Shaklee

KenapaShaklee pilihan saya?
1.     Periods aya tak pernah teratur (PCOS & Endometrial Hyperplasia).
2.     Imunisasi badan saya lemah@kurang (asyik keluar masuk spital aja, Boss pun menyampah)
3.     Saya malas makan buah-buahan.

Kalau uolls semua pernah baca post2 saya kat FB sure uolls tahu kan yang saya pernah under pre cancer treatment since 2010. First time saya buat D&C (late 2009)kat Pusat Rawatan Islam Az Zahra, doctor cakap 60% drpd sampel dinding rahims aya adalah bunga-bunga kanser yang aktif. Time tu baru umur 30 tahun…memang I nangis sepanjang perjalanan balik opis..boss suruh jumpa client pun I tak nak..sebab mata I dah bengkak-bengkak nangis punya pasal…hehhehe. Nak bagitau suami pun takut…macam-macam I fikirkan. Last2-last  I bagi tau jugak after 3 days…

Then doctor refers I ke HUKM Specialist…so bermula la new episode dalam hidup saya. 1stdoctor bagi I makan pil untuk kimoterapi, setahun jugak I telan ubat tu..ada perubahan tp I tak tahan..rambut gugur,suka marah-marah..yang sedihnya tak de nafsu langsung nak bersama suami tak ada ubat lain ke yang boleh ganti…hehehe.Bg I semua tak kena time tu..doktor cakap I ni ‘ZOMBIE HIDUP’…hahahha…ban byaksangat ambik ubat.

Sepanjang treatment di HUKM since 2010 sampai Dec 2013, saya buat D&C 4kali..bayangkan..ada 1 tahun tu saya buat D&C sampai 2 kali.Penat..letih…semua ada. Tapi untuk sihat I tabahkan jua…kesian kan suami dankeluarga mertua sbb tak de cucu lagi…time tu I hanya motivate my self dengan 1 perkataanni aja…ALLAH SAYANG AKU..SEBAB TU DIA UJI AKU...itu yang menyebabkan saya terusberjuang walaupun doctor kata peluang terlampau tipis buat saya. Saya pernah dinasihatkan doctor untuk ambil anak angkat dan remove kan rahim kalau keadaan berterusan..lagi-lagi  la I sedih.

Namun saya tidak bergantung pada ubat-ubat sepital saja..saya mula membaca blog-blog dan cara2-cara  nak rawat penyakit saya ni. Then, Allah lorongkan hati saya untuk mencuba vitamin2Shaklee ni…sebab apa? Sebab yang paling utama..ianya SEMULAJADI…bebas daripada bahan kimia. Saya juga mintak 2nd opinion dan mula buat treatment bersama Dr Hamid Arsat pada March 2014. Selain drpd tu saya TETAP mengamalkan vitamin Shaklee (B-Complex, GLA,Omegaguard, Vitamin C & Vitalea) ..mmg saya tak tinggal sebab takut kena removerahim punya pasal…hehehehe.

Syukur tak pernah sekali saya pengsan sepanjang period lelama ni..yang paling lama 4bulan …hahahaha..alhamdulillah saya anggap itu nikmat Allah berikan pada sayawalaupun Dia uji saya dengan dugaan yang saya rasa mana2 isteri pun akan rasa very down sebab u tak mampu nak menunaikan tanggungjawab u sebagai seorang isteri.Tapi Allah Maha Mengasihi, Dia anugerahkan suami yang tak pernah mengeluh dengan penyakit saya..tak tak pernah mengeluh walaupun semua kerja rumah dia yang buat….hubby yang terima saya seadanya & hubby selalu cakap setiap penyakitAllah turunkan pasti ada penawarnya…cuma kita belum jumpa(ehh…sedih plak)hahahhaha.

Namun,Allah uji sekali lagi. Jan 2015 saya pengsan sebab period yang terlampau banyak…tak pernah-pernah dalam tempoh 20 tahun (sejak umur 15) saya pengsan walau pun darah period banyak dan berketul-ketul keluar. Bukan sekali 3 kali saya pengsan..sampai terpaksa ambulan jemput la ke spital..hihihi. Sepanjang 8 hari saya di hospital,saya buat X-ray, abdomen CT Scan dan D&C sebab doctor nk tengok kalau-kalau simptom-simptom lama berulang kembali dan menganggu organ-organ lain.

Alhamdulillahpada 14 Jan 2015 saya mendapat perkhabaran yang tak pernah saya dan suami jangkakan….endometrium@uterus saya diklassifikasikan sebagai ‘endometriumpolyps with hormone  changes’. Dalam ertikata lain negative for malignancy or hyperplasia…just masalah hormoneaja…syukur sangat-sangat.

Denganizin Allah dan rahmatnya …saya semakin sihat dan sembuh..tambahan pulak skrg saya ambik Vivix sebagai tonik ajaib saya…memang ajaib.

Semoga tahun ini menjanjikan permulaan yang baik dan penutup yang penuh bahagia dgnrahmat Allah buat saya dan suami. Insya Allah…amin…


THANKS FAWIZA FOR SHARING.. semoga bermanfaat untuk 1001 wanita diluar sana








Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.