08 March 2015

Tip mengurangkan masalah jeragat serta merawatnya

Salam korang? Sihat? Syukur alhamdulilah masih diber nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan liku-liku hidup sebagai seorang hamba, sebagai seorang isteri, sebagai seorang mama, sebagai seorang pekerja dan sebagai pengedar Shaklee. Huhuhuhuu.....Sehari tanpa berlari mencukupkan dan mensmepurnakan hari-hari yang dilalui adalah satu rutin hidup. Bohong kalau Diana katakan TIDAK PENAT untuk semua ini. Tapi sekarang bukan nya masa yang cukup sesuai untuk bersennag lenang. Cukup sekadar dapat merehatkan badan di kala malam hari.

Wow! terpanjang pulak madah pembuka untuk hari ni. Hihiiihii...Actually entry kali ni Diana nak sembang pasal KECANTIKAN. Tipulah kalau seorang yang bergelar wanita tidak obseskan kecantikan. Kan? Honestly Diana sangat obseskan kecantikan. 

Sembang kali ni Diana nak cerita pasal jeragat. sebab muka Diana pun dah start naik jeragat. Nak-nak spesis kulit yang agak cerah ni. Bukanlah nak kata Diana berkulit mat saleh. Tapi tulah masalahnya sekarang. Bila umur dah masuk 3 series ni, banyak part kene tampung. Sebab nutrisi dalam badan dah makin berkurangan. (^___^). Macam mana nak cantik kalau satu muka penuh dengan jeragat kan? Adus! memang tak cantiklah gamaknya!

Jeragat atau hyperpigmentasi pada kulit muka menjadi masalah yang sangat lumrah di abad ini. Jeragat disebabkan sel kulit dari jenis melanosit menghasilkan lebihan pigmen  melanin yang melekat pada sel kulit yang menyebabkan warnanya menjadi lebih gelap. Penghasilan melanin ini menggunakan enzim tirosinase, oleh itu menghalang aktiviti enzim ini boleh mengurangkan masalah jeragat.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan jeragat terjadi adalah:-
  • Faktor genetik atau keturunan
  • Perubahan hormon
  • Merokok
  • ubat-ubatan tertentu
  • Pekerjaan, umur dan jantina
  • Seseorang yang berkulit cerah dan selalu terdedah kepada cahaya matahari
  • Seseorang yang bekerja sambil terdedah kepada suhu tinggi seperti tukang masak 
7 Tip untuk mengurangkan masalah dan merawat jeragat
  1. Elak berjemur atau terdedah kepada cahaya matahari yang terik pada tengah hari dan petang
  2. Guna krim pelindung matahari tanpa minyak dan tidak menyebabkan jerawat dengan kekuatan sekurang-kurangnya faktor pelindung matahari (SPF30)
  3. Bagi yang ingin menggunakan produk menghilangkan jeragat, biasanya ia mengandungi bahan yang menghalang aktiviti enzim tirosinase seperti asid kojik, asid azelaik, alfa arbutin, asid mandelik dan hidroquinone. Bahan ini hanya boleh diberi oleh doktor bertauliah, terutama hydroquinone.
  4. Beberapa makanan tambahan dan vitamin boleh membantu mengurangkan jeragat seperti vitamin C dan vitamin A dalam bentuk asid retinoik. Makanan tambahan antioksidan dari buah-buahan seperti buah beri, beri biru, beri hitam, acai beri dan strawberi juga boleh membantu mengurangkan jeragat.
  5. Makanan tambahan seperti glutathion dan asid alfa lipoik juga boleh membantu mengurangkan jeragat.
  6. Rawatn menggunakan mesin mikrodermabrasion dan mesin laser tertentu. Dapatkan konsultansi dan rawatan dengan doktor bertauliah yang terlatih untuk menjalankan rwatan ini
  7. Amakan pemakanan sihat yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memberi perlindungan kepada kulit dan mengelak jeragat.

(Sumber info : Harian metro ms E26, 8hb Mac 2105, Ruangan Dr Norman Mohd Norawi)

Rawatan alternatif

SET JERAGAT OWESOME ni paling digilai ramai. Kesan paling optimum.

Yang ni SET BUDGET.


Yang nak cuba tapi budget kecik..jangan risau..boleh cuba yang singlenya.
Jom kekal cantik TANPA jeragat.










Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.   
 

2 comments: