Salam semua......
Korang tahu tak? Dalam dunia ni ada berapa jenis kumpulan vitamin? Semalam Diana terbaca artikel pasal vitamin ni. Jadi Diana copy pastekan untuk manfaat bersama.
Credit info dari Surat khabar Harian Metro 8hb Mac 2015
Vitamin terbahagi kepada 2 jenis kumpulan iaitu larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak akan disimpan di dalam lemak dan hati. Ia boleh bertahan dalam tubuh untuk berapa hari sehingga beberapa bulan. Contoh vitamin larut lemak adalah vitamin A, D, E dan K.
Manakala Vitamin larut air pula akan disimpan dalam kuantiti sedikit kerana ia segera dibuang oleh tubuh melaui air kencing. Bagaimana pun vitamin ini diperlukan secara berterusan oleh tubuh badan. Contoh vitamin larut air adalah vitamin B dan C.
- Vitamin A (Retinol) menguatkan pertumbuhan tulang, meningkatkan pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta pembentukan penglihatan yang baik. Diperoleh dari sumber telur, daging, susu dan produk tenus, ikan, sayur hijau, cili merah, pisang dan betik.
- Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, meningkatkan selera makan, memperbaiki sistem pencernaan, penjagaan tisu mata, membantu proses metabolisma tubuh. Diperoleh dari susu dan produk tenusu, gandum, ikan, telur, daging, kacang, roti, bijirin dan sayur hijau.
- Vitamin C (Asid Askorbik) membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem imunisasi tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. Diperoleh dari buah, tomato, brokoli dan limau.
- Vitamin D mengekalkan pertumbuhan normal dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi. Diperoleh dari cahaya matahari, keju, susu, ikan, ayam, kuning telor.
- Vitamin E memperbaiki fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antiokisdan, vitamin ini bermanfaat bagi mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan. Diperoleh dari susu, kuning telur dan sayur.
- Vitamin K memperbaiki sistem peredaran darah dan penyembuah luka. diperoleh dari sayur hijau dan bijirin.
Contoh Vitamin larut air
Contoh vitamin larut lemak
Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.
info yang menarik
ReplyDeletehihihii...hanya sedikit perkongsian untuk tatapan bersama....
Deleteperkongsian yg baik
ReplyDeleteIlmu utk dikongsi....
Delete