04 March 2015

Indeks Glisemik yang rendah sangat sesuai untuk pesakit kencing manis

Salam untuk semua....

Korang tahu tak apa itu Indeks Glisemik?
Info ni Diana credit dari Dr Zubaidi's blog. Adalah lebih baik pakar yang berbicara.


Indeks Glisemik telah diperkenalkan pada sekitar 1981 oleh seorang ahli sains, Dr jenkins. Ia telah dibentangkan dalam American Jurnal of clinical Nutrition. dan dijadikan panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah. Secara tidak langsung kajian beliau memberikan impak mengenai kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan manusia.

Untuk menilai GI dalam satu makanan, ia diberikan nilan antara kosong hingga 100. Nilai kosong ialah apabila makanan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan paras glukosa adalah 100.

Makanan yang mudah dan cepat hadam dan ditukar menjadi glukosa pula dipanggil GI rendah (low glisemik Indek) apabila GI kurang daripada 55.

Nilai GI antara 56- 69 pula dipanggil GI sederhana (medium Glisemik Indeks)

Dengan adanya panduan seperti ini kita dapat memilih makanan bagi mengurangkan kenaikan gula yang pantas dalam darahsetelah memakan makanan itu.

Ini kerana makanan tinggi GI menyebabkan kenaikan cepat paras glukosa dalam darah. Sementara makanan rendah GI menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur.

Kadar kenaikkan paras glukosa yang terlalu tinggi dengan cepat selepas makan harus dielakkan kerana ia memudaratkan kesihatan diri untuk jangka masa panjang.

Kita perlu menstabilkan paras glukosa darah dengan makanan yang mempunyai rendah GI untuk mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung,kolestrol tinggi, strok dan kanser.

Contoh makanan/Nilai GI
  • Roti putih -78
  • Nasi Putih - 77
  • Kentang lenyek - 82
  • Beras Perang - 55
  • Pasta - 60
  • Mee -80
  • Tepng Gandum - 75
  • Oat - 80
  • Bijirin jagung - 54
  • Lobak merah -50
  • Asparagus -15
  • Brokoli - 15
  • Kacang Buncis - 30
  • Epal -39
  • oren -42
  • Pisang -40
  • Kismis - 64
  • Minuman bergas -70
  • Teh tarik -72
  • Gula pasir  -70
  • Madu -87
  • Jus Oren -80
Credit picture to Umi nazrah

Kesimpulannya jika makanan yang mempunyai nilai GI yang tinggi kita patut kurangkan pengambilannya manakala GI yang rendah pengambilan yang tinggi dibenarkan.

Bagaimana pula dengan Energizing Soy Protein (ESP)? ESP mengaandungi GI yang rendah iaitu 39. Menjadikan ia sangat sesuai untuk pesakit Diabetes@kencing manis.

sekian untuk sharing kali ini. Jumpa lagi di next entry.....jangan lupa cuba secawan ESP! Sumpah  tak menyesal cuba .(^_____^)
















Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini. 

2 comments: