08 February 2015

Kisah Daging lembu dan humbuger

Siapa suka makan 'humburger'? Anak sulung Diana paling suka makan humburger ni. Orang kata kalau diberi pilihan antara makan nasi dengan humburger, pasti dia pilih humburger. Sangatlah suka.Tetapi tahukah kita bahawa pengambilan secara berlebihan humburger boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Menurut Dr Bruce B.Miller, beliau menyatakan bahawa

Bila daging dihantar ke loji pembungkusan, ia dicampur bahan-bahan penambah untuk tujuan menyimpan, melembut,mengawet, mewarna, menambah perisa, perasa serta mengawetkannya. setakat ini kita tidak tahu akibat atau kesan dari kesemua bahan kimia yang digunakan ini.

Setelah daging lembu yang telah diproses, disimpan, diawet,dilebutkan, diwarna, serta ditambah perasa serta perisa dan perasa, penyediaan terakhir boleh menjejaskan kualiti protin.

Tahukah anda bahawa memasak protin haiwan boleh menyebabkan penyahaslian dan mengurangkan kualiti protin semakin berkurang. Sesetengan kajian menunjukkan bahawa memakan protin haiwan yang dipanaskan boleh menjadi satu faktor pengerasan arteri yang disusuli dengan serangan jantung.

Ditahap loji pembungkusan, humburger mungkin diproses dengan tar batu arang, natrium nitrat, natrium nitrit,benzoate soda, natrium sulfit, natrium nokotinat dan kocineal. Kesemua ini adalah lanjutan dari teknik-teknik pemprosesan daging lembu tersebut.

Daging lembu kisar atau humburger yang diserah ke kedai runcit mungkin mengandungi sebanyak 30% lemak.Jika daging lembu dikisar dikedai, maka tiada had bagi kandungan lemak.

Secara purata, lebih kurang 80% kalori yang terkandung dalam daging lembu kisar kedai itu berasal dari lemak tepu.

Katakan tidak pada humburger. Tapi sekali sekala bolehlah kut.....

Jadi moralnya...para ibu-ibu dan bapa sekalian, anda wajib mengurangkan kadar pengambilan humburger ini untuk anak-anak korang. Bahaya tau kalau makan setiap hari.

Jaga pemakanan...jaga kesihatan.

2 comments:

  1. nak makan hari2 pon boleh... tapi yang fully homemade, tapi kena selang ngan aktiviti sihat gak la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..dapat yg fully homemade lagi bagus. Disertakan dengan aktiviti yang menyihatkan..

      Delete