Masa terlalu emas. Masa terlalu cepat berlalu.
Sedar tak sedar Januari sudah berlalu. Hari ni pun dah 10hb Febuari. Setiap hari berlari antar Haikal ke umah bb siter. Berlari pulak ke tempat kerja. Balik kerja berlari jemput anak dari umah baby siter. Seminggu sekali berlari ke keje lagi satu. Hahhaha...Diana memang banyak keje. Adakalanya habis kerja singgah di Shaklee branch. Amik order customer. Ada masanya kene COD barang customer pulak.
Bila sampai umah..hari-hari masak day. Adalah sekali sekala g makan kat luar jugak. Hihihi. Ngelat memasak. Hari-hari memasak kadang-kadang ketandusan idea. Last-last ' jom kita makan luar". Mama gantung kuali. Kebiasaannya pukul 7 malam baru sampai umah. Gedebak gedebuk pukul 9 malam baru makan. Ada sekali tu pukul 10 malam kite orang makan malam. Gara-gara masak gulai daging kambing. Kahkahkah...kene tunggu daging sampai empuk maaa.........
Bila nampak kain berlonggok, lantai bercapuk berlari pulak ngejar buat keje umah. Waaaa....sedar-sedar jam dah pukul 12 malam. Mata dan ngantuk buang badan ke tilam jelah.
Cuma satu Diana sentiasa pesan kat diri sendiri..Even sibuk macam mana pun...Ada 3 perkara yang harus ditiberatkan ialah
- Jangan skip mengaji...curi-curi masa yang ada..pasti sempat untuk mengaji. Mengaji adalah terapi minda dan hati. Mengaji mampu menenangkan hati yang gundah gulana.
- Jangan skip berzikir. Berzikir ni sambil-sabil drive pun boleh. Tu yang Dian biasa buat. Non-stop berzikir.
- Jangan skip berdhuha di awal pagi. Insyaallah segala urusan yang ingin dilaksanakan dipermudahkan.
- Jangan tinggalkan SOLAT.
Diana sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan Diana di muka bumi ini. Dipermudahkan menjadi seorang hamba yang baik. Dipermudahkan menjadi seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Dipermudahkan menjadi seorang ister kebanggaan suami. Dipermudahkan menjadi seorang ibu yang cukup sempurna. Dipermudahkan segala urusan perniagaan Shaklee ku. Amin.
Silap susunannye ni... patutnya yg nombo 4 tu di letak nombor 1, barula orang nampak keutamaan dia...
ReplyDeletekira tips penulisan gakla tu, walaupun tahu mardiana utamakan solat, tapi dalam penulisan pon, point penting didahulukan.
sekadar berkongsi :D
Tq along tolong betulkan.Saya budak baru belajar. Main tulis je...lain kali lebih teliti dalam bab2 ni.*_*
DeleteBetullah bagaimana sibuk sekalipun dalam melunasi kehidupan di dunia, tanggungjawab dengan Allah jangan sesekali dilalaikan. Tanpa DIA kita tak punya apa-apa.
ReplyDeleteSetuju dgn Kakzakie....
DeleteSIBUK SUNGGUH RUTIN SEHARIAN YA...WALAU SIBUK SEKALIPIN JGN LUPA SOLAT YA..
ReplyDeleteITU Sudan tentu. Perkara utama yg akn ditanya kelak..ialah SOLAT.
DeleteSalam Singgah Tuan Tanah...
ReplyDeleteBegitu sekali sibuknya dia... alhamdullilah ke agama juga penyelesai masalah kan... ada orang bagi nasihat saya... kalau urusan dengan Allah selesai, urusan dengan manusia pun akan mudah selesai... nampak sibuk tapi sempat nak siap semua benda... ada orang yg selalu beritahu dia sibuk dan kerja dia banyak tak selesai tapi kita tak nampak sibuknya (nampak banyak termenung ada lah... hehehe... kawan saya lah tu), mungkin sebab meletekkan urusan di tangan sendiri berbanding di tangan Allah... nasihat yg baik untuk saya... terima kasih bebanyak
Mcm nilah rutin harian sbg hamba, isteri, ibu, sibuk sentiasa.hihihi...yg penting kene bijak mengurus masa.
DeleteSalam singgah kembali :)
ReplyDeleteBetul tu, Diana. Sibuk macam mana sekali pun, keempat-empat perkara yang disebut di atas tu haruslah jangan dilupakan. Hidup sebagai seorang isteri, ibu dan anak ni bukan mudah. 24 jam tu sentiasa tak cukup tapi kalau kita ikhlas dan pandai membahagi masa, Insya Allah segalanya berjalan lancar.
Dapat makan pukul 10 malam pun takpalah, janji dapat gulai daging kambing *_*
Hahha...tulah....nak buat mcm mn kan..hidup ditengah kota memanf ginilah gayanya...yg penting sempat jugak mkn daging lambing masak kari *_*
DeleteMasa yang berlalu tak kan kembali... Cewahhh...
ReplyDeleteTahu x po....
DeleteThanx untuk entry ni. Sama-sama ingat mengingati
ReplyDeletesama diana juga...*-*
Delete