30 January 2015

Teh penggalak tenaga semulajadi

Banyak-banyak brand 'teh' korang suka minum teh apa? Diana selalu minum teh lipton. Nice tea for me! Tapi sejak berkenalan dengan 'cinch Energy Tea Mix'...Diana dah jatuh cinta dengan teh ni. Teh keluaran Shaklee ni mempunyai rasa yang sangat lembut, unik dan sangat teh. Hihihihi. Serius best!

Cinch Tea sangat ekslusif kerana campuran tehnya terdiri daripada:-

1. Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun termasuk serat, mineral, dan antioksidan


2.Red tea extract
Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dadann dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang daripada merebak.
3. White tea extract
Juga dikenali sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau

4. Rooibos red tea extract
Tumbuhan unik yang berasal di afrika selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksida


Chinch tea energy tea merupakan pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk menggalakkan kecergasan tubuh serta penggalak tenaga semulajadi.

Cinch tea energy tea adalah selamat, tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Tadaaa...secawan cinch energy tea untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Serius sedap!. Dan yang paling best sangat berkhasiat. Teh bukan sebarang teh.....

Kalau ada sesiapa berminat nak rasa....korang boleh drop your address yer.....free sample for u all.

 

29 January 2015

Testimonial pencuci serbaguna

Hari ni Diana nak sembang lagi cerita pasal basic H ni. Disebabkan Diana memnag jenis 'particular' bab mencuci, bab kotoran degil ni, jadi kat umah stok basic H ni memang ada sokmo.Mudahnya dengan basic H ni, sebab ia 'serbaguna'. Boleh guna untuk toilet, boleh guna cuntuk mop lantai, boleh  cuci dapur memasak yang penuh minyak-minyak tu, boleh guna untuk cuci baju sekolah arissa, kasut sekolah arissa. kadang-kadang Diana amik beberapa titis, buat cuci kereta. Memang owesome pencuci serbaguna ni.

Korang nak tahu tak?

Basic H ni sangat mesra alam. Kenapa diana kata sangat mesra alam? Sebabnya ramuan semulajadinya yang diektrak daripada jagung, dan kelapa, biorosat, tanpa fosfat, tanpa bahan pewarna serta selamat untuk sistem septik dan pembentungan.

Testimonial pertama
Boleh digunakan untuk mencuci dapur memasak

Testimonial ke-2
Boleh juga digunakan untuk membersihakn puting susu   



  
Mangkuk kaca yang dipenuhi kotoran kunyit (Gambar sebelum)
Kesan kotoran kunyit bersih selepas direndam dengan basic H
Testimoni anak sendiri yang sangat naughty mengerjakan pen mama. Habis dicontengnya satu tangan. Jenuh jugak mama menyental dgn basic H. Tapi alhamdulilah bersih.
Pernah sekali Haikal main cat minyak. Masa tu rasa macam-macam je. Rasa nak picit-picit je si Haikal pun ada. Rasa nak gigit-gigit dia pun ada. Boleh pulak Dia main cat minyak. Masa tu dah pikir nak sental guna tiner je. Tetiba dapat ilham, why not try basic H first? Sental menyental, so amazing. Rupanya kesan cat tu boleh hilang dengan basic H. Sonang kojo mama. Huhuhuhu

Tapak kaki yang dipenuhi cat
Selesai sudah keje mama...finally bersih seperti sedia kala
Amacam? owesome tak pilihan pencuci serbaguna Diana? Surelah sangat owesome!



28 January 2015

Kenapa peluh berbau?

Berpeluh ni mesti orang selalu kaitkan dengan berbau. Kan? 

Baru-baru ni Diana ada terbaca kat majalah RAPI. Jadi Diana tolong copy paste for those yang tak baca lagi. Kalau sesiapa yang dah baca, anggaplah ini sebagai ulangkaji. Hihihii.....

Macam ni, Fakta ni mengatakan kandungan peluh sebenarnya adalah air dan garam serta tidak berbau. Namun menurut David Pariser M.D. Profesor Dermologi di Eastern Virginia Medical School, ketiak adalah tempat bagi kelenjar apocrine yang berfungsi sebarang penapis. kelenjar ini menghasilkan umpama minyak dan jika bertemu dengan bakteria dikulit, ia akan menimbulkan bau. Oleh kerana peluh tersaring daripada aliran darah, maka makanan yang berbau boleh mempengaruhi bau peluh. bau yang sering kita hidu adalah dari bau bawang, kari dan sebagainya.


Cara mengatasi peluh

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengatasi peluh adalah dengan menyapu atau menyembur diadoran. Dengan bahan mineral aluminium, deodoran melekat dikulit dan menghalang kelenjar eccrine. Deodoran yang menggunakan bahan semulajadi tanpa aroma biasanya tidak mengandungi aluminuim. Oleh itu, ia kurang berkesann untuk menahan peluh daripada terus membasahi anggota badan.

Kebiasaannya deodoran ini dipakai ketika selepas mandi atau sebelum keluar dari rumah. 

Namun mengikut kelley Redbord M.D, pakar Dermologi di Vienna, Virginia, untuk mendapat kesan yang lebih effektif, sapukan atau sembur deodoran di bahagian tubuh yang kering ketika malam. Ini kerana, waktu malam tubuh kurang aktiviti fizikal dan kulit berada dalam keadaan kering. Kulit yang kering memudahkan peranan deodoran untuk menyumbat kelenjar dan mampu bertahan sehingga tiga hari. Namun, jika terlalu banyak menyapu atau menyembur deodoran, ia akan menyumbang kepada radang kulit.

Rawatan alternafi

Dari sudut Shaklee, 'Alfalfa' telah dikenal pasti merupakan salah satu makanan tambahan atau vitamin yang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan. Alfalfa ini digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi  yang terkandung di dalamnya. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Sebotol alfalfa mengandungi 330 tablet. 
10 biji setiap pengambilan diambil dengan air kosong
Bagi yang bermasalah untuk menelan tablet, korang boleh larutkan bersama air.
Bagi yang terlebih rajin dan obseskan kecantikan, alfalfa juga boleh dijadikan masker.

Sebab tulah sehingga sekarang, Diana masih setia dengan alfalfa. Se setia Cinta Diana bersama en Huby. Kahkahkah...Serius korang. Alfalfa ni sangat owesome!





27 January 2015

Hanya sesudu meal shakes untuk haikal

Tobat!

Tak pernah menyesal pun bersusah payah picagarikan haikal minum meal shakes 2 tahun yang lepas. Ye! almost 2 tahun haikal minum meal shakes.

Kisahnya Haikal anak tunggal lelaki Diana menghidapi penyakit asma since berusia 7 bulan. Masa tu amat tragis bila baby berusia 7 bulan dah nak kene amik nebulizer. Boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali. Dia tak boleh kene selsema, demam apatah lagi batuk. sebab bila ada selsema, batuk akan datang. Bila batuk datang automatik, asma pun datang.

Bila Diana tahu, Meal shakes boleh membantu mengurangkan penyakit asma, Diana pun cuba. Diana mula kasi haikal meal shakes sejak dia berusia setahun. 

Tahuklah anda? Sesudu meal shakes mengandungi:-
  • Setiap hidangan yang dicampur dengan susu rendah lemak mengandungi 240 kalori tenaga
  • Membekalkan tenaga untuk memulakan hari si manja
  • Sumber protein yang kaya dengan 9 amino asid penting
  • Menyokong perkembangan tumbersaran yang sihat
  • Sumber terbaik kalsium dan serat pemakanan
  • Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting termasuk vitamin A, B, C, D, E, Zat besi, Zink dan iodin.
  • Untuk tubuh kekal sihat dan kuat
  • Formula rendah lemak dan rendah indeks glisemik
  • Untuk mengekalkan berat badan ideal

 Diana berikan yang terbaik untuk si manja Haikal. Kini hampir dua tahun haikal bebas dari serangan asma. Bebas dari nebulizer.

Secara keseluruhannya Meal Shakes bukan ni bukan sahaja bagus di amalkan oleh kanak-kanak yang menghidapi asma malahan ia juga boleh dijadikan sebagai sarapan segera yang berkhasiat, rendah kolestrol, lemak dan sodium.  

Dapatkan setin meal shakes anda sekarang. Berikan yang terbaik untuk si manja anda!





senyum dan terus senyum

26 January 2015

Jarak Selamat Tonton TV

Fakta Mitos


Mitos    : Meniniton televisyen dengan duduk terlalu dekat boleh merosakkan penglihatan.

Fakta    : Berada terlalu dekat dengan televisyen tidak merosakkan mata, tetapi duduk kurang daripada 1.5 meter daripada televisyen boleh membuatkan otot lensa mata letih menyebabkan mata pedih dan berair. Pastikan anda berada pada jarak yang selamat dengan televisyen ketika meninton termasuk pencahayaan dalam bilik yang cukup.

pastikan anda berada pada jarak yang selamat ketika menonton televisyen


Pengambilan 'Carotomax' salah satu vitamin untuk mengekalkan mata yang sihat. Bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun adalah digalakkan untuk mengamalkan caratomax tersebut.

Caratomax mengandungi 6 variasi karoten, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tamato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, dan minyak sawit. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Apa kata mereka?




Ramai dikalangan 'specky' sentiasa merungut betapa siksanya berkaca mata. Ada masanya speck lupa diletakkan di mana. Ada masanya speck terpatah dua. Ada masanya speck dibuat main oleh anak-anak. 

Ada yang berkemampuan mereka melakukan kaedah 'lasik'. Tetapi semua sedia maklum untuk menjalankan kaedah lasik memerlukan kos yang tinggi. 

Oleh itu jenama Shaklee merumuskan satu vitamin yang dikenali sebagai carotomax khusus  untuk  mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun.

carotomax mengandungi 30 biji setiap botol.....




25 January 2015

ikan keli salai masak lomak cili api

Best giler ari ni kami suami isteri cuti. Dalam seminggu kami kene kerja dari isnin sampai sabtu. Cumanya mama je keje ari sabtu separuh hari. Si aabh full day sampai kul 5.30 petang.

Macam biasa, pagi-pagi lagi Diana dah melangkah kaki ke pasar borong Chowkit. Plan ari ni nak masak kari kambing.
Sekadar gambar hiasan
Dah terasa-rasa kat tekak gulai kambing ni. Nak-naknya kami sekeluarga memang gile kan menu ni.

Balik dari pasar chowkit, en husband tukar plan pulak. Nak masak gulai keli masak lomak cili api katanya.So layan kan jelah. Mak punya daging kamibing tu simpanlah nukkk. Esok-esoklah kita masak gulai kari kambing.

Kebetulan ikan keli ni adalah hasil en hubby memancing 2 minggu lepas. Ikutkan dah 2 minggu jugaklah ikan keli ni dok memerap kat dalam freeze diana tu. Sementara ikan ni nak defrose, en husband dok pegi mencari kayu bertujuan untuk menyalai ikan-ikan keli ni. 
  
brand vantage lagi...tapi tidak memenuhi citarasa kami......
Pemanggang ajaib? Ada je. tapi kami sepakat tak suka kan hasil ikan yang dipanggang ,menggunakan pemanggang ajaib. Mungkin tekstur ikan yang kami inginkan, pemanggang ajaib tak dapat nak penuhi. Ewah! ewah! banyak songeh pulak kan. Jadi kami memilih jalan yang sukat iaitu dengan menyalai ikan keli terlebih dahulu.

Sementara en somi menyalai ikan...mama sediakan bahan-bahan utama.

Mula-mula blender cili api, bawang merah serta kunyit. Serai, titik-titik kan je.

Pastu blend pulak kelapa. Konon-konon nak dapatkan santan yang pekat. tapi tercair jugak. Kahkahkah.. Sebiji kelapa kut..pun still cair jugak.

pandangan dari jauh...orang kuat tengah menyalai si keli....kalau snap gambo dekat-dekat..harus keli-keli mak kene campak nuk...so kita snap dari jauh..kihkihkiuhh
hasil amik snap gambar curi....ikan keli yang disalai begini..lagi sedap rasanya....
Si kakak dengan si adik pun bukan main seronok dapat berkelah diluar umah.
Tadaaa...ikan yang sudah siap disalai. Melekat pulak kat jaring. jadilah macam ni hasilnya. Habis jahanam tekstur ikan salai ku.
Amik ko! sekuali...maklumlah ada 5 ekor semuanya.....
Anamak..gambar pulak blurrrr....macam nilah hasil gulai koli masak lomak cili api den....sodap dan menyongit!

Sedap! pedas! dan menyengit! Selamat berhujung minggu!




23 January 2015

Organic super cleaning

Diana ni banyak sangat pantang larang. Hahahah. Salah satu daripadanya sakit jiwa kalau nengok lantai umah bercop-cop tapak kaki, berminyak-minyak tak pun bertompok-tompok kesan susu si haikal. Ayoyoyo...wa sakit mata. 

Dulu-dulu sebelum kenal basic h, Diana guna ajax fabuluso...dettol...dan macam-macam lagi. Tak bagus ke all that produk? Semua produk ada kelebihan masing-masing kan. 

Kenapa basic H ni menjadi kegilaan Diana? 

Basic H ni pekat. Kalau nak guna, kita hanyak guna setitik dua je. Contohnya kalau nak mop lantai, sebaldi air Diana bubuh 2-3 titik je basic H. Pastu boleh dah mop. The unik is tak yah nak bilas-bilas. Dan seharusnya dia tak melekit-lekit pun. Halus jeeee. 

Pastu, Basic H ni boleh gune untuk cuci toilet lak. Dah Siap cuci toilet bawak ke dapur pulak. Kat bahagian dapur ni, everything berminyak. Nak-nak spesis yang masak tiap-tiap hari macam Diana. Dapur is always berminyak. Buntut kuali pun diana sental guna basic H. Ternyata berkesan.

Untuk sental baju sekolah Arissa pun Diana pastikan rendam dengan basic H ni dulu. Kalau tak..harus berpeluh-peluh satu badan menyental baju sekolah kakak. Kotor yang amat. Kadang ada kesan pen, kadang ada kesan minyak, kuah mee goreng. Kasut sekolah arissa pun sental guna basic H. 

Dipendekkan cerita, Basic H ni merupakan super cleaning consentrate. Tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, PH seimbang dan tanpa klorin.

Korang nak tahu?

Kebanyakan bahan pencuci srrbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh menganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neutrotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Kepekatan Pencuci Super Organik Basic H2 tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Setiap bulan pasti refil sebotol basic H. Kalau tak macam mana mak nya lantai umah nak kilat nukkkk...

hihihiihiiii

22 January 2015

Your nick name is.....

Korang......

Banyak nama samaran tak? Cuba cer...cuba cer sikit. Macam Diana Nama penuh ....MARDIANA ABU DARIN. Orang kampung panggil 'Adi'.Bila tanya mak, kenapa orang panggil 'Adi?'. Mak kata dulu-dulu diana sendiri yang mengaku diri sendiri Adi. Jadi tak boleh buat apalah. sampailah sekarang bila balik kampung orang panggil 'Adi'. Baik yang tua sampailah ke muda,semua panggil 'Adi'.

Adik beradik panggil kak D. Sebab Diana anak sulung. Mak panggil Diana. Ayah panggil 'akak kau' ha lagi pelik. Contoh dialog ayah, 'ha akak kau nak makan apa?'. Hahhahah. Tapi, adik-adik yang lain ayah tak panggil macam tu. tak pelah..kira halal. sebab dah biasa dengan panggilan macam tu.

Kat sekolah pulak, ada orang pangil Mar. Ada panggil D. My sweet hubby panggil Mar. Ngeh! ngeh! Kami cinta zaman sekolah. zaman cinta monyet. Masa tu tak de pulak dia panggil Diana sayang ke? Manja ke?  Suka sangat panggil 'Mar'. Sebenarnya banyak-banyak nama glamour tu, hat yang nama Mar lah yang paling aku tak suka orang panggil. tak tahulah kenapa. 

Bila melangkah ke alam Universiti...masa nilah aku tukau kan nama glamour aku. Cepat-cepat perkenalkan diri 'Diana'. Kahkah. Tapi ramai lagi yang suka panggil 'D' and Mar. Panggil nama penuh pun ramai...MARDIANA. Ada jugak panggil aku 'kecik' sebab aku tak cukup ketinggian'. Hihihihi.....

Agak-agakkorang ..en husband Diana panggil diana apa? cuba korang teka? Ada hadiah misteri menanti korang. Jadi jemput mencuba nasib ye. The hadiah misteri tu real diana kasi if u give me the right answer!

Good luck korang.






21 January 2015

Apa itu Candida albicans / spp? dan rawatan

Penyakit keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans.

Candida Albicans ialah sejenis kuman (mikro organisma) yang dikenali sebagai kulat. Di antara ciri-ciri klinikal tersebut ialah
  • Lelehan kental dan berwarna putih
  • Berbau busuk (foul odor)
  • Gatal
  • Dinding faraj kelihatan merah dan bengkak
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Sakit semasa buang air kecil 
Manakala punca-punca jangkitan yang dikenal pasti adalah berpunca dari
  • Penggunaan antibiotik yang banyak
  • Kehamilan
  • Penyakit kencing manis yang tidak terkawal
  • Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan oleh HIV/AIDS, kanser atau dalam rawatan kanser
  • Penggunaan pil perancang keluarga


Rawatan alternatif Keputihan

Dari sudut produk Shaklee menyediakan rawatan alternatif bagi masalah keputihan ini. Dengan pengambilan Alfalfa sehari 6-10 biji ia dapat mengurangkan masalah keputihan ini.

Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan galian. Ia membeklakan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidakl terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galain, 10 vitamin, 8 enzim dan fitikimia.


Apa kata Ct?



Kerana Alfalfa, Diana jatuh cinta dengan produk jenama Shaklee ni. Kalau nak jatuh cinta macam Diana...HARUS CUBA! pasti berbaloi-baloi.


Credit info my health