11 March 2015

Sejauh manakah Soya dikatakan berkhasiat dan selamat untuk ibu hamil

10 March 2015

Khasiat buah betik

Salam semua....

Siapa suka makan buah betik? Dulu-dulu ingat lagi, mak Diana selalu masak gulai lemak betik muda plus dengan sambal goreng ikan bilis pastu goreng ikan masin. Walaaa! Sedap. Kalau makan tu tak toleh dah kiri kanan. Al-maklumlah..'awak' ni jenis selera kampung. Kalau dapat betik masak pun ok. Tapi kalau kat Kuala Lumpur ni rasa macam tak berbaloi nak beli sebiji buah betik. Yelah kat kampung buat main golek-golek je. Tetiba kat Kuala Lumpur nak kene beli. Kadang-kadang dah teringin sangat tutup mata jelah beli. Nak buat lagu mana kan......

Orang kata BETIK BOLEH TINGKATKAN KESUBURAN? Macam mana tu?

Seperti yang diketahui, buah betik yang memang kaya dengan vitamin C dan merupakan ANTIOKSIDAN yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma?

Tahukah anda kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma? oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian anda. Selain dari itu pengambilan 500mg vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.


Suplemen Terbaik untuk lelaki selain dari Vitamin C adalah seperti Vitamin E, Coenzyme Q01, Selenium, zink dan juga asid folik. vitamin-vitmin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti sperma untuk lelaki KHUSUSNYA pada mereka yang mengalami masalah kesuburan.















Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

09 March 2015

Jenis Vitamin

Salam semua......

Korang tahu tak? Dalam dunia ni ada berapa jenis kumpulan vitamin? Semalam Diana terbaca artikel pasal vitamin ni. Jadi Diana copy pastekan untuk manfaat bersama.

Credit info dari Surat khabar Harian Metro 8hb Mac 2015

Vitamin terbahagi kepada 2 jenis kumpulan iaitu larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak akan disimpan di dalam lemak dan hati. Ia boleh bertahan dalam tubuh untuk berapa hari sehingga beberapa bulan. Contoh vitamin larut lemak adalah vitamin A, D, E dan K.

Manakala Vitamin larut air pula akan disimpan dalam kuantiti sedikit kerana ia segera dibuang oleh tubuh melaui air kencing. Bagaimana pun  vitamin ini diperlukan secara berterusan oleh tubuh badan. Contoh vitamin larut air adalah vitamin B dan C.

  1. Vitamin A (Retinol) menguatkan pertumbuhan tulang, meningkatkan pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta pembentukan penglihatan yang baik. Diperoleh dari sumber telur, daging, susu dan produk tenus, ikan, sayur hijau, cili merah, pisang dan betik.
  2. Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, meningkatkan selera makan, memperbaiki sistem pencernaan, penjagaan tisu mata, membantu proses metabolisma tubuh. Diperoleh dari susu dan produk tenusu, gandum, ikan, telur, daging, kacang, roti, bijirin dan sayur hijau.
  3. Vitamin C (Asid Askorbik) membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem imunisasi tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. Diperoleh dari buah, tomato, brokoli dan limau.
  4. Vitamin D mengekalkan pertumbuhan normal dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi. Diperoleh dari cahaya matahari, keju, susu, ikan, ayam, kuning telor.
  5. Vitamin E memperbaiki fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antiokisdan, vitamin ini bermanfaat bagi mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan. Diperoleh dari susu, kuning telur dan sayur.
  6. Vitamin K memperbaiki sistem peredaran darah dan penyembuah luka. diperoleh dari sayur hijau dan bijirin.

Contoh Vitamin larut air





Contoh vitamin larut lemak











Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

08 March 2015

Tip mengurangkan masalah jeragat serta merawatnya

Salam korang? Sihat? Syukur alhamdulilah masih diber nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan liku-liku hidup sebagai seorang hamba, sebagai seorang isteri, sebagai seorang mama, sebagai seorang pekerja dan sebagai pengedar Shaklee. Huhuhuhuu.....Sehari tanpa berlari mencukupkan dan mensmepurnakan hari-hari yang dilalui adalah satu rutin hidup. Bohong kalau Diana katakan TIDAK PENAT untuk semua ini. Tapi sekarang bukan nya masa yang cukup sesuai untuk bersennag lenang. Cukup sekadar dapat merehatkan badan di kala malam hari.

Wow! terpanjang pulak madah pembuka untuk hari ni. Hihiiihii...Actually entry kali ni Diana nak sembang pasal KECANTIKAN. Tipulah kalau seorang yang bergelar wanita tidak obseskan kecantikan. Kan? Honestly Diana sangat obseskan kecantikan. 

Sembang kali ni Diana nak cerita pasal jeragat. sebab muka Diana pun dah start naik jeragat. Nak-nak spesis kulit yang agak cerah ni. Bukanlah nak kata Diana berkulit mat saleh. Tapi tulah masalahnya sekarang. Bila umur dah masuk 3 series ni, banyak part kene tampung. Sebab nutrisi dalam badan dah makin berkurangan. (^___^). Macam mana nak cantik kalau satu muka penuh dengan jeragat kan? Adus! memang tak cantiklah gamaknya!

Jeragat atau hyperpigmentasi pada kulit muka menjadi masalah yang sangat lumrah di abad ini. Jeragat disebabkan sel kulit dari jenis melanosit menghasilkan lebihan pigmen  melanin yang melekat pada sel kulit yang menyebabkan warnanya menjadi lebih gelap. Penghasilan melanin ini menggunakan enzim tirosinase, oleh itu menghalang aktiviti enzim ini boleh mengurangkan masalah jeragat.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan jeragat terjadi adalah:-
  • Faktor genetik atau keturunan
  • Perubahan hormon
  • Merokok
  • ubat-ubatan tertentu
  • Pekerjaan, umur dan jantina
  • Seseorang yang berkulit cerah dan selalu terdedah kepada cahaya matahari
  • Seseorang yang bekerja sambil terdedah kepada suhu tinggi seperti tukang masak 
7 Tip untuk mengurangkan masalah dan merawat jeragat
  1. Elak berjemur atau terdedah kepada cahaya matahari yang terik pada tengah hari dan petang
  2. Guna krim pelindung matahari tanpa minyak dan tidak menyebabkan jerawat dengan kekuatan sekurang-kurangnya faktor pelindung matahari (SPF30)
  3. Bagi yang ingin menggunakan produk menghilangkan jeragat, biasanya ia mengandungi bahan yang menghalang aktiviti enzim tirosinase seperti asid kojik, asid azelaik, alfa arbutin, asid mandelik dan hidroquinone. Bahan ini hanya boleh diberi oleh doktor bertauliah, terutama hydroquinone.
  4. Beberapa makanan tambahan dan vitamin boleh membantu mengurangkan jeragat seperti vitamin C dan vitamin A dalam bentuk asid retinoik. Makanan tambahan antioksidan dari buah-buahan seperti buah beri, beri biru, beri hitam, acai beri dan strawberi juga boleh membantu mengurangkan jeragat.
  5. Makanan tambahan seperti glutathion dan asid alfa lipoik juga boleh membantu mengurangkan jeragat.
  6. Rawatn menggunakan mesin mikrodermabrasion dan mesin laser tertentu. Dapatkan konsultansi dan rawatan dengan doktor bertauliah yang terlatih untuk menjalankan rwatan ini
  7. Amakan pemakanan sihat yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memberi perlindungan kepada kulit dan mengelak jeragat.

(Sumber info : Harian metro ms E26, 8hb Mac 2105, Ruangan Dr Norman Mohd Norawi)

Rawatan alternatif

SET JERAGAT OWESOME ni paling digilai ramai. Kesan paling optimum.

Yang ni SET BUDGET.


Yang nak cuba tapi budget kecik..jangan risau..boleh cuba yang singlenya.
Jom kekal cantik TANPA jeragat.










Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.   
 

07 March 2015

Testimoni : kisah fawiza, rahim hampir kene buang

korang baca TESTIMONI  ni. Diana rasa bersalah kalau tak cerita dengan korang semua. Jadi Diana copy paste kan di sini as references. Testimoni ni Diana copy paste dari blog mamafaiz.com.  Semoga bermanfaat untuk semua orang



Saya mula berkenalan dengan vitamin-vitamin Shaklee ni pada Feb 2013 (diam xdiam dah2 tahun) jadi pengguna Shaklee

KenapaShaklee pilihan saya?
1.     Periods aya tak pernah teratur (PCOS & Endometrial Hyperplasia).
2.     Imunisasi badan saya lemah@kurang (asyik keluar masuk spital aja, Boss pun menyampah)
3.     Saya malas makan buah-buahan.

Kalau uolls semua pernah baca post2 saya kat FB sure uolls tahu kan yang saya pernah under pre cancer treatment since 2010. First time saya buat D&C (late 2009)kat Pusat Rawatan Islam Az Zahra, doctor cakap 60% drpd sampel dinding rahims aya adalah bunga-bunga kanser yang aktif. Time tu baru umur 30 tahun…memang I nangis sepanjang perjalanan balik opis..boss suruh jumpa client pun I tak nak..sebab mata I dah bengkak-bengkak nangis punya pasal…hehhehe. Nak bagitau suami pun takut…macam-macam I fikirkan. Last2-last  I bagi tau jugak after 3 days…

Then doctor refers I ke HUKM Specialist…so bermula la new episode dalam hidup saya. 1stdoctor bagi I makan pil untuk kimoterapi, setahun jugak I telan ubat tu..ada perubahan tp I tak tahan..rambut gugur,suka marah-marah..yang sedihnya tak de nafsu langsung nak bersama suami tak ada ubat lain ke yang boleh ganti…hehehe.Bg I semua tak kena time tu..doktor cakap I ni ‘ZOMBIE HIDUP’…hahahha…ban byaksangat ambik ubat.

Sepanjang treatment di HUKM since 2010 sampai Dec 2013, saya buat D&C 4kali..bayangkan..ada 1 tahun tu saya buat D&C sampai 2 kali.Penat..letih…semua ada. Tapi untuk sihat I tabahkan jua…kesian kan suami dankeluarga mertua sbb tak de cucu lagi…time tu I hanya motivate my self dengan 1 perkataanni aja…ALLAH SAYANG AKU..SEBAB TU DIA UJI AKU...itu yang menyebabkan saya terusberjuang walaupun doctor kata peluang terlampau tipis buat saya. Saya pernah dinasihatkan doctor untuk ambil anak angkat dan remove kan rahim kalau keadaan berterusan..lagi-lagi  la I sedih.

Namun saya tidak bergantung pada ubat-ubat sepital saja..saya mula membaca blog-blog dan cara2-cara  nak rawat penyakit saya ni. Then, Allah lorongkan hati saya untuk mencuba vitamin2Shaklee ni…sebab apa? Sebab yang paling utama..ianya SEMULAJADI…bebas daripada bahan kimia. Saya juga mintak 2nd opinion dan mula buat treatment bersama Dr Hamid Arsat pada March 2014. Selain drpd tu saya TETAP mengamalkan vitamin Shaklee (B-Complex, GLA,Omegaguard, Vitamin C & Vitalea) ..mmg saya tak tinggal sebab takut kena removerahim punya pasal…hehehehe.

Syukur tak pernah sekali saya pengsan sepanjang period lelama ni..yang paling lama 4bulan …hahahaha..alhamdulillah saya anggap itu nikmat Allah berikan pada sayawalaupun Dia uji saya dengan dugaan yang saya rasa mana2 isteri pun akan rasa very down sebab u tak mampu nak menunaikan tanggungjawab u sebagai seorang isteri.Tapi Allah Maha Mengasihi, Dia anugerahkan suami yang tak pernah mengeluh dengan penyakit saya..tak tak pernah mengeluh walaupun semua kerja rumah dia yang buat….hubby yang terima saya seadanya & hubby selalu cakap setiap penyakitAllah turunkan pasti ada penawarnya…cuma kita belum jumpa(ehh…sedih plak)hahahhaha.

Namun,Allah uji sekali lagi. Jan 2015 saya pengsan sebab period yang terlampau banyak…tak pernah-pernah dalam tempoh 20 tahun (sejak umur 15) saya pengsan walau pun darah period banyak dan berketul-ketul keluar. Bukan sekali 3 kali saya pengsan..sampai terpaksa ambulan jemput la ke spital..hihihi. Sepanjang 8 hari saya di hospital,saya buat X-ray, abdomen CT Scan dan D&C sebab doctor nk tengok kalau-kalau simptom-simptom lama berulang kembali dan menganggu organ-organ lain.

Alhamdulillahpada 14 Jan 2015 saya mendapat perkhabaran yang tak pernah saya dan suami jangkakan….endometrium@uterus saya diklassifikasikan sebagai ‘endometriumpolyps with hormone  changes’. Dalam ertikata lain negative for malignancy or hyperplasia…just masalah hormoneaja…syukur sangat-sangat.

Denganizin Allah dan rahmatnya …saya semakin sihat dan sembuh..tambahan pulak skrg saya ambik Vivix sebagai tonik ajaib saya…memang ajaib.

Semoga tahun ini menjanjikan permulaan yang baik dan penutup yang penuh bahagia dgnrahmat Allah buat saya dan suami. Insya Allah…amin…


THANKS FAWIZA FOR SHARING.. semoga bermanfaat untuk 1001 wanita diluar sana








Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.