16 February 2015

Rahsia sendi sihat

credit picture from google
New Advance Joint Health Complex membantu sendi sihat dalam 3 cara:
  1. Meningkatkan cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan-cushioning perlindungan di antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas.
  2. Memelihara tisu penghubung yang sihat: Zink, kuprum, manganese dan vitamin C membantu membina kologen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
  3. Meningkatkan keselesaan Sendi : Ekstrak Boswellia membantu membantutkan mekanisma respons stres tubuh untuk memperbaki keselesaan sendi.
Di dalam kajian klinikal yang terbaru, para peserta yang mengambil extrak Boswellia di dalam New Advanced Joint Health melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan yang lebih mudah, dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian, berbanding dengan mereka yang mengambil satu lagi jenis ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.
   




15 February 2015

Kek keju mudah dan sedap

Sabtu lepas, baby siter haikal on leave. Terpaksalah mama gunakan khidmat mak ngah untuk menjadi bb siter Haikal. Seharian pikir nak bawak apa g umah mak ngah ni. Orang berbudi kita merasa.Tak kan nak lengang kangkung je kan. Dahlah suruh orang jagakan anak kita. Kenelah pandai amik hati orang. Yer idok? Habis memerah otak , dapat satu idea, apa kata  buatkan kek keju seketul. Senang dan mudah. 

Korang suka makan kek keju tak? Kebetulan Diana memang suka, minat tahap gaban bab membaking ni.  Cumanya bab makan tu failed.  Tekak tak boleh nak tima kek cheese. 'Awak' tekak orang kampung. (^___^) Tapi  tak suka tak bermakna tak perlu tahu dan belajar. Am i right?

Resipi ni senang yang amat nak buat. Korang guna cheese slice je. Tak yah guna cream cheese. Rasa pun tak banyak beze. Orang katalah. 

Resipi asal Diana google dari tuan punya blog jintan manis. Tq cik jintan manis. Resipi yang mudah, simple dan sedap. Tapi untuk resipi dibawah,Diana ada ubah beberapa item. Contohnya Diana gantikan tepung gandum dengan tepung superfine dan tepung kek. Vanila Diana gantikan dengan pati lemon.


Bahan-bahanya 
Resipi kek Keju 

4-5 keping slice cheese
70g butter

200 ml susu segar

70g gula icing
4 biji telor saiz M
1 sudu teh lemon
 
50 g tepung superfine, 20 g tepung kek. Dua-dua Diana guna brand Blue Key.
 
 
Cara-caranya

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

Pantang nenek moyang..masa asingkan kuning telor degan putih telor jangan sesekali tercampur telor kuning ke dalam putih telor. Kelak kek akan terbantut tumbesarannya. maka jadilah 'kek yang batat'

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan i sudu teh lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

Tadaaa..siap untuk dipacking ke opis, akibat satu umah tidak menggemari kek keju kegemaran ramai ni.


Diana dah cuba resipi ni berpuluh kali, so jangan salahkan resipi kalau tak menjadi...*______*


Peringatan dari blog jintan manis - Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

Selamat membaking. 

Kali pertama cuba memang akan huru hara, jangan risau..tu namanya proses belajar....practice make perfect!

Batuk oh batuk

Baru-baru ni Haikal diserang batuk. Kalau kakak Arissa diserang batuk, mama tak bapa susah hati. tapi kalau si Haikal...naik serabut mama dengan abah dibuatnya. Sebabnya si Haikal ada sejarah 'lelah@asma.

Serbuk Nutiferon
Pulak tu stok Nutriferon di seluruh Malaysia 'OUT OF STOCK'. Kebiasaannya kalau demam atau batuk memang kasi serbuk Nutriferon je. Budak-budak pun dah biasa telan serbuk tu. Hahhaha..Kalau budak-budak berusia bawah 6 tahun kasi secubit dua je. Kalau umur 7 tahun ke atas boleh kasi 1/2 sachet. Kalau dewasa boleh minum satu sachet. Kalau Diana bubuh dalam air, then minum. Rasa tak tertelan pulak kalau tak campur dengan air. Jadi kat umah memang tak standby ubat-ubat klinik. dan budak-budak pun dah paham kalau demam, batuk telan serbuk hijau tu je. (^_^)

Cumanya sekarang, Nutriferon dah abis. What should i do? Sepantas kilas mama amik OMEGA. Sebab ada orang kata kalau batuk bagus juga amik Omega. Boleh panaskan dada. Tapi masalah jugak, sebab si Haikal reject telan omega. Dia tak pandai nak telan. Yang dia tahu kunyah macam kunyak vitamin C. Separuh jalan mengunyah, dia kuarkan dari mulut dia balik. wow! kuatnya bau ikan. Mama lari dulu. Tersangatlah hanyir ok. Tapi tulah yang banyak khasiatnya. 

Omegaguard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omegaguard merupakan minyka ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian omega dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega -3 EPA dan HDA.

Disebabkan Haikal tak pandai telan, tak pandai kunyah. Mama nak cuba cara jalan lain pulak. Diana cucuk dan picit omega tu then campur dengan susu dia. Ngeh-ngeh.....itu pun kene pandai cari masa yang sesuai. kalau bagi masa dia tengah lompat sana-lompat sini...jangam mimpi lah dia nak minum jugak. Dia seakan tahu dan boleh rasa susu dia ada bubuh menda lain. ^_^

Waktu yang paling afdal ialah ketika dia sedang tido. Masanya antara pukul 4-6 pagi. Masa tu dia tak sedar, bubuh apa pun dalam susu dia, pasti dibedalnya. Janji boleh tembus ke seluruh sel-sel dalam badan Haikal.

Itu cerita hari pertama. Cerita hari ke-dua kantoi. Bila dah siap-siap nak sumbat dalam mulut si Haikal, dia dah start bukak mata. Jangan mimpilah lagu tu. Sampai ke sudah dia tak nak minum susu dia. Mission Impossible Failed.

Langkah seterusnya mama jumpa ni. Yang ni pasti haikal tak boleh lari. Diana siap pegang kaki, tangan segala. Bersilat sekejap dengan Si Haikal. Berjaya dengan sekali picitan tanpa pembaziran berlaku. Takut jugak dia muntahkan balik. 

Yang penting, sekarang batuk haikal tidak kedengaran lagi. Kalau ada pun dah sayup-sayup kedengaran. 

Mama dah boleh tarik nafas lega.

12 February 2015

Pengambilan Kalsium ketika dalam pantang

Bila cerita pasal 'BERPANTANG' teringat pulak zaman 'BERPANTANG' sebanyak 2 kali. Bunyi macam banyak je kan..Hihihii..sekarang baru ada 2 orang anak, so bermaksud baru melalui 2 pengalaman BERPANTANG. Pengalaman yang ke-3?????? Biarlah rahsia.

Dua kali berpantang banyak syok. ( Pada hal hari-hari dok menghitung hari )..seksa weiiiii. ^_^. Masa tu tak makan apa-apa suppliment pun. Makan jamu je. Tu pun banyak mengelat. Habislah pas ni selalu sakit urat. Padanlah muka sendiri kan. Rugi masa tu tak kenal suppliment pun. Walaupun di ketika itu suppliment bersepah-sepah dijual di farmasi. Bukan tak  tahu, tapi just ignore je. Sampai macam tu sekali tahap  keterukan melanda aku. 

TETAPI bila terbaca 'petikan artikel Dr Zubaidi, barulah paham. Al kisahnya, semasa dalam 'PANTANG' pengambilan kalsium amatlah penting. Ini kerana:-
  1. Kalsium adalah zat yang sangat penting untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan
  2. kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan.
  3. Kalsium dapat menghalang pembentukan  darah beku pada saluran darah ketikan banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.
  4. Kalsium juga sangat penting untuk memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan.
  5. Kalsium membantu mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.
Ha gituuuu...kisahnya. Untuk berpantang kali ke-3 kelak, PASTI berbotol-botol standby. Tapi ikutkan sekarang pun memang dah amalkan kalsium jenama Shaklee. "Ostematrix" namanya. *_*



10 February 2015

Hargai masa yang ada

Masa terlalu emas. Masa terlalu cepat berlalu.

Sedar tak sedar Januari sudah berlalu. Hari ni pun dah 10hb Febuari. Setiap hari berlari antar Haikal ke umah bb siter. Berlari pulak ke tempat kerja. Balik kerja berlari jemput anak dari umah baby siter. Seminggu sekali berlari ke keje lagi satu. Hahhaha...Diana memang banyak keje. Adakalanya habis kerja singgah di Shaklee branch. Amik order customer. Ada masanya kene COD barang customer pulak.

Bila sampai umah..hari-hari masak day. Adalah sekali sekala g makan kat luar jugak. Hihihi. Ngelat memasak. Hari-hari memasak kadang-kadang ketandusan idea. Last-last ' jom kita makan luar". Mama gantung kuali. Kebiasaannya pukul 7 malam baru sampai umah. Gedebak gedebuk pukul 9 malam baru makan. Ada sekali tu pukul 10 malam kite orang makan malam. Gara-gara masak gulai daging kambing. Kahkahkah...kene tunggu daging sampai empuk maaa.........

Bila nampak kain berlonggok, lantai bercapuk berlari pulak ngejar buat keje umah. Waaaa....sedar-sedar jam dah pukul 12 malam. Mata dan ngantuk buang badan ke tilam jelah.

Cuma satu Diana sentiasa pesan kat diri sendiri..Even sibuk macam mana pun...Ada 3 perkara yang harus ditiberatkan ialah
  1. Jangan skip mengaji...curi-curi masa yang ada..pasti sempat untuk mengaji. Mengaji adalah terapi minda dan hati. Mengaji mampu  menenangkan hati yang gundah gulana. 
  2. Jangan skip berzikir. Berzikir ni sambil-sabil drive pun boleh. Tu yang Dian biasa buat. Non-stop berzikir.
  3. Jangan skip berdhuha di awal pagi. Insyaallah segala urusan yang ingin dilaksanakan dipermudahkan. 
  4. Jangan tinggalkan SOLAT.
Diana sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan Diana di muka bumi ini. Dipermudahkan menjadi seorang hamba yang baik. Dipermudahkan menjadi seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Dipermudahkan menjadi seorang ister kebanggaan suami. Dipermudahkan menjadi seorang ibu yang cukup sempurna. Dipermudahkan segala urusan perniagaan Shaklee ku. Amin.