05 April 2015

“I'm not mrs perfect 10"




Salam Korang!

Banyak cerita nak story mori dengan korang….Salah satu cerita bertajuk “I'm not mrs perfect 10"

Kejadian berlaku kat station minyak. Lampu  berwarna orange dah menyala. Masa untuk mengisi minyak. Dengan langkah penuh semangat Diana kuarkan ‘kad kering’.Untuk buat bayaran. Memang niat tak mau guna cash.

Taraaaaaa!




Bila masukkan  kad bahagian insert kad  tu… status ’Kad Decline’. Aik dah kenapa decline pulak. Diana cuba sekali lagi. Still decline. Sob-sob…sambil menarik nafas panjang…..

Langkah seterusnya…Diana pegi kat kuanter. Dengan penuh bangga, budak kat kuanter tu cakap…kad akk dah expired ni. What! Dah expired. “ Tak pelah Dik! 

Dalam hati dok berkata-kata..asal pulak expired,bukan hari tu aku dah renew ke? Tak pasal-pasal kene kuarkan cash pulak..Yelah kang ada pulak kene tolak kete.

Tiba-tiba baru Diana teringat, hari tu Diana nya kad memang ada masalah. Cip tak boleh nak baca. So tuklar kad lain sbb isu cip rosak. Bukan isu kad renew. 

In honestly memang tak perasan kad tu dah expired on Mac 2015.

Grrrrrrrrrrrrr


Kan I dah cakap 'I’m not mrs perfect 10'

Hari ni dengan bangga nak pg isi minyak lagi. Maklumlah dah dapat  kad baru.


Seeeeeee kad expired on 3/20

Tetapi malang tidak berbau ‘ Kad masih tak boleh dibaca. Uwaaaaaaaa! Kene kuar cash lagi. Kali ni mugkin sebab kad tidak diaktifkan selepas kad direnew. 

Rasa nak jerit sekuat hati. 


Diana kene terima kenyataan that ‘im not mrs perfect 10. Diana memang jenis tak particular. Tak detail.

Buktinya

Kalau beli baju, Diana never check back. Diana hanya akan nengok saiz je. Yang lain-lain kim salam nak check. Macam dah jadi satu habit. Kadang-kadang tak nampak pun baju tu kotor ke? koyak ke?..serius memang tak 'menelek'

Kalau buat keje yang bos kasi pun..i never check back. Tu pasal bila buat claim..banyaknya kesalahan.(^_^)

Lagi satu..kalau minum air dalam cawan…Diana main minum je. Kut-kut dalam air tu ada tahi cicak pun  tak perasan. Hahhahah…..nasib badanlah kannn

Manusia memang tidak pernah sempurna. Tapi kita tetap kene berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik. Walaupun bukan sempurna 100%


CUMANYA

Kalau tang mempacking customer  barang..yang tu memang 1000 kali Diana check. Jangan carik pasal. Sat lagi orang order lain kita pos lain. Tu namanya ‘NAHAS MENANTI’. 

Hahhahah


Sebelum pos barang ke customer pun..1000 kali check. Takut tersalah address. Naya nuuuu….
Semua kene buat dengan teliti.


CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT! Betui tak?






Sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee boleh terus menghubungi
Diana 0193250676





Sekian. Jumpa lagi.




Terima Kasih dengan setiap Kunjungan anda di blog ini.

3 comments:

  1. hehehe..ciannya dia..bukan sekali tapi 2 kali...sebab tu penting kena check balik walaupun hal itu hanya kecil..tapi pastikan check balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Yan....selalu mcm tu. Careless sangat diana ni!. Sekrg kad dah blh guna. (^_^)

      Delete
  2. hehehe CT pun lesen kete mampuih da ni.. dekat sbulan x renew ni ahaha..
    btw x bahaya ke expose no kad tu kak ? just incase..

    ReplyDelete