09 April 2015

Cerita anak 'downline'



Salam  semua,



Ada sesiapa yang pernah buat bisness MLM tak? Secara umumnya Shaklee juga adalah bisness MLM. Kita ada upline. Dan juga dowline.

Diana pun ada seorang dowline. Kebetulan downline Diana ni sepupu sebelah suami. Nama dia Siti Aminah. Nama glamour Siti.

Diana tertarik nak cerita pasal Siti ni bukan sebab dia hebat buat ‘sales’ berjuta-juta. TETAPI dia seorang yang kuat semangat dan berjiwa kental. 

Pada usia semuda 23 tahun, Siti sudah menjadi anak yatim piatu. Tanggal 5hb Oktober 2013, ibunya telah kembali ke rahmatullah. Arwah ibunya menghidap penyaklit misteri. Selepas tu Siti lah membantu ayahnya  untuk menguruskan adik-adiknya. Disamping menguruskan hal rumah tangganya. Untuk pengrtahuan semua, Siti ni telah berumah tangga dan pada ketika itu dia telah mempunyai seorang cahaya mata. Dalam masa yang sama tengah mengandungkan anak ke dua.

Langit tidak sentiasa cerah, pada 26 hb Jun 2014 bapa Siti telah kembali ke rahmatullah. Tinggal lah siti dengan adik-adiknya.

Siti merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Sekali gus memikul tanggunghjawab sebagai seorang ibu dan bapa untuk adik-adiknya. Apa jua masalah, Sitilah tempat adik-adik bermanja. 

Dibahu ini, tempat Siti meluahkan segala masalah yang ditanggunggunya. Cuma apa yang Diana nampak, Siti memang seorang yang sangat positif dan kuat semangat.Walaupn jauh di sudut hati dia sangat merindukan kedua ibu bapanya. Dan bukan mudah untuk memikul tanggungjawab untuk membesarkan adik-adik.

Jadi kita yang masih ada ibu bapa ni, HARGAILAH ibu bapa anda selagi mereka masih ada.

Cerita Siti tidak  terhenti di sini sahaja, pada 27hb Feb 2015, Diana dapat berita melalui FB, Siti terlibat dalam kemalangan.  Ya Allah! Semoga Siti tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.

Kejadian berlaku pada pukul 11 malam. Siti tidak mengalami kecederaan serius CUMA luka dibahagian mata sebelah kiri yang sangat teruk. Masa Diana datang melawat dia di Hospital Putrjaya, Keadaan matanya nampak teruk. Amat jelas kesan jahit di kawasan sekitar mata. Kesan luka yang dalam. Kesan dari terkena serpihan kaca.

Siti terlantar di hospital selama seminggu. Selang beberapa hari, Diana menghubungi Siti untuk bertanyakan khabar. Dengan penuh berkeyakinan Siti memberitahu bahawa mata sebelah kiri tu sudah tidak berfungsi. Kata lainnya ‘Buta’. 

Sungguh hebat dugaan Siti.

Adakah kita mampu untuk menerima dugaan dan cabaran sehebat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga ni, “Siti dah buta kak, tapi siti bersyukur sekurang-kurangnya Allah tak amik dua-dua mata siti. Allah masih tinggalkan sebelah mata lagi” Berderai air mata Diana. 

Jiwa dan fizikal nya masih muda. Terpaksa menempuh onak dan duri di alam fana ini.
Sesungguhnya perancangan Allah tu sangatlah indah dan terbaik.  Tidak pernah kurang, Tidak pernah terlebih. Tidak pernah terlewat walau hanya sesaat.

Semoga Siti terus tabah menghadapi ujian hidup ini. I'm proud of u!

Gambar siti bersama anak-anak dan suaminya

Masa kejadian.....

Gambar terbaru selepas kemalangan tersebut.



No comments:

Post a Comment