25 April 2015

Penapis Air Mudah di bawa ke mana-mana

Assalamulaikum..........


Bercerita pasal penapis air, sure rumah korang semua mesti ada penapis air kan. Paham-paham jelah...kualiti air sekarang bukan macam 10 tahun yang lepas, apatah lagi 20 tahun yang lepas. Nak-naknya kita yang duduk kat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ni. Lagilah air yang tak berkualiti dihasikan.

Korang pernah dengar tak? atau pernah nengok tak penapis air berbentuk JUG? Serius korang. Sebelum ni Diana pun tak pernah jumpa. 

Pertama kali jumpa TERUJA mak nuk.



Penapis air ni ringan dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Nak bawa balik kampung boleh. Nak bawa pegi bercuti pun boleh. Tak da masalah. Lepas tu korang boleh bubuh jug ni di mana tempat korang suka. Dalam bilik, Ruang tamu, ruang meja makan atau ruang dapur. Semua bisa diatur. Nama pun jug kan. Dan lagi best, menjimatkan kos. Zaman-zaman GST ni kalau boleh semua mende kita nak jimat kannnn?


Lagi keistimewaan JUG penapis air ni :

Satu JUG boleh diisi sebanyak 1.5 liter air. In case air dah nak abis, korang tambah je air baru. Air tu selamat diminum tanpa perlu dimasak. Kalo korang nak masak balik pun tak de masalah. Boleh je.

Kalo korang perhatikan gambar di atas, ada gambar 'meter penanda' kan. Meter penanda berfungsi sebagai signal bahawa filter perlu ditukar. 

Satu set Jug air ni, nanti korang akan dapat 1 JUG, free water refill 3 -pack.

set penapis air




Kalau berminat nak memiliki Penapis Air ni jangan lupa contact Diana yer


Whats-app Diana 0193250676

COD SEKITAR Setapak, Gombak, Selayang, Batu  Caves serta seangkatan dengannya. Yang dok jauh kita pos menggunakan POS LAJU yer.










Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

24 April 2015

Jenaka guru-guru

Asslamulaikum...kawan-kawan blogger tersayang,,,,,,


Dah lama Diana bercuti mengupdated sembang-sembang Diana di muka blog Mama 'D' .  Busy sokmo Diana sekarang ni. Langkah bijak perlu diambil sebelum blog Diana penuh dengan sawang-sawang yang tak sepatunta. ..meh kita merajinkan diri membuang sawang-sawang yang mula bertandang kat blog mama D ni.

Disebabkan kebelakngan ni Diana sentiasa sibuk mengalahkan 'PM'

Jadi Diana nak hadiahkan 'sketsa rakyat yang diana creditkan dari group secret bisness Diana.  BNC Group




SITUASI : GURU-GURU BERMESYUARAT DI DALAM BILIK

Tiba-tiba terdengar bunyi 'phooot' disusuli aroma kurang enak. Lalu masing-masing memberikan komen


Guru Math : Hmmm...sesuatu yang tidak boleh gurudidarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi


Guru Muzik : Wahhhh.....bunyi nadanya terletak pada chor c major


Guru Fizik : Itulah sebenarnya inner power, tenaga yang digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa


Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup meneruskan kehidupannya

 
Guru Agama : Ini la antara penyebab batalnya wuduk
 
Guru geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin


Guru Kaunseling : Perkataanyya boleh diungkai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata-kata


 Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi pedikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya


Guru sejarah : Antara penyebab berlauknya perang mulut


GURU BESAR : Sememangnya saya yang kentut. Besar sangat ke masalahnya?





Lawak santai....ni namanya tak de keje......










Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini




20 April 2015

TIP Kasut longgar



Salam untuk semua….

Mood terlebih bersemangat hari ni.

Nak tahu kenapa? Sebabnya…hari ni kita pakai kasut baru ke tempat keje. Kalau tak tu asyik pakai ‘selipar je’ .Hihihi…Konon-konon nak ubah imej dah syle lah ni. Tapi tulah..takut hangat-hangat tahi ayam je. Pastu selesa "berselipar jepun"

Bercerita pasal kasut baru ni, aduhhhh…cerita sedih. Sadisssss nya!

Kasut ku bersaiz 4 still longgar. Ari tu masa nak beli…dah siap cuba segala. Rasa ok je. Tapi bila dah bawak berjalan..baru rasa kasut tu longgar sikit. Logiknya, mana mungkin kasut  ada saiz 3 kan. Lainlah kasut kanak-kanak. Sure ada saiz 3. Tak pun kasut brand Clark atau vincci. Yang tu comfirm ada. Tapi dah minat patern ni...apa nak dikata.

 
kasut yang bersaiz comeiiiiiii

Ligat je kepala ni pikir nak buat macam mana yer? Tak kan nak kasi kat orang. Oh Tidak! Sekarang ni kak D kekeringan kasut ye. 

Kalu dulu-dulu boleh..asal tak suka…asal tak selesa campak kat orang. Tak kisahlah kasut mahal ke murah. Tapi sekarang kak D dah bertaubat. Hahhahah. Kata lainnya kak D dah pokai.

 
Berbalik pada cerita kasut longgar tadi. Last-last google dapat info ni.

Kalau korang nye kasut longgat atau melecet..boleh cuba tepek mende ni. Hopefully sangat-sangat membantu.


Kata emunya blog tu..tepek  mende alah ni kat tepi kasut. Macam sebiji dalam gambar tu.

So waktu lunch hour tadi, Diana pegi cari kat Watson. Diana copy paste habis. Nasib ada. Tu dia! Harga RM13.35 untuk sepasang.


Dengan bangga menepeknya.

Dah cacat sikit...tapi tak pe yang penting dah boleh pakai dengan selesa.


Waaa….sekarang baru selesa nak jalan. Walaupaun kasut tu sedang menggigit-gigit  kakiku. Uwaaaaaa! Nak bergaya punya pasal...tahan jelah kaki kene gigit. Hihihihi

Tapi point utama kasut  tak longgar lagi. Baru boleh berjalan dengan pantasnya!

Sambil-sambil mengupdated blog  kepala berlegar-legar memikirkan juadah puasa petang ni.
Ye..ye..Diana puasa ganti plus sunat rejab ari ni. Orang kata puasa sunat di bulan rejab banyak pahalanya. Alang-alang boleh puasa ganti sekali. Tak gitu? Nasiblah pagi tadi sempat minum segelas ESP. So kurang sikit rasa penat. Perut pun x delah bernyanyi-nyanyi sangat. Sesekali tu adalah dengar bunyi jugak. ‘Krok!!!!krok!!!!!.



Menu berbuka puasa
Sambal sotong
Ikan bawal masak masam manis.
Sayur? (Tak wajib ada)



Hihihihihii………













Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini

18 April 2015

Hari pertama ditempat baru



Hai korang
Assalamulaikum



Sekarang Diana dah keje kat tempat baru…Weeeee…banyak senang hati. Hahahah…..No more layan complain dari customer lagi. No more nak dengar orang walk in complain..bla...bla.... Aman!

Hari pertama keje…panjang lebar penerangan bos. Ternganga sekejap. Bukan sebab bos handsome yer.  No..No…sebab banyak sangat input yang masuk. Sampai tak tertelan dibuatnya.

Secara keseleruhannya…90% skop keje sama macam Diana keje kat firm Architect dulu. So tak de apa yang nak  dirisaukan sangat. 



Hari pertama datang bekerja…dah dapat tugasan penting.
Nak tahu apa dia?



Jeng! Jeng!







SUBMISSION TENDER
6 UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
5 UNTUK  MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
DAN PALING BEST DUE 16HB APRIL 2015



Senyum…tak perlu kata apa-apa 

masuk keje 15hb ….tender due 16hb….

Banyak seronok…enjoyyyyyy

-_-

 

Sob-sob..make it easy…Pasti Allah mudahkan. Tangan amik secawan air..lalu ku telan sebiji B-compleks. Kalau korang nak tahu, B-complekes ni sangat membantu mengurangkan rasa stress yang korang sedang alami. Macam Diana. Hihihi

Tak percaya? Korang telan dulu. Then baru boleh komen.

Sebotol B-comp ni ada 120 biji..sehari amik sebiji je.  Kalao depressed sangat dibenarkan amik 2 biji sehari.

Tapi Diana amik sebiji je. Cukuplah! Sebab tak  bapa stress. Selain dari berfungsi untuk anti stress, B-compleks boleh membantu menambahkan tenaga serta kuatkan stamina.

Hendaknya mcm Diana ni. Nak buat keje opis..keje umah lagi…serba serbi nak dibuat. 

Lagi satu badan kita ni  tak elok dibiarkan  sampai collapse. BAHAYA! Itu doctor yang cakap bukan Diana yang cakap.  


Berbalik ke cerita tender tadi, Diana memang sangat bernasib baik.  Sebab tender ni sangatlah simple. 

Jika nak dibandingkan dengan  opis lama dulu…sampai menangis airmata darah nak siapkan. Nak-nak bila bos tak nak berkerjasama. Rasa macam nak cekik-cekik je bos tu. 

Geram kutttt.  

TAPI kat sini…buat masa seminggu ni bos baik hati. Boleh bagi kerjasama lagi..hihihi..



Jom layan apa je job skop Diana sekarang

  • Updated all company Account. ( Ada 3 company)
  • Scan PO, DO , LA
  • Everyday Check Tender  at website
  • Sumbit GST Return
  • Prepared Salary, KWSP, SOSCO
  • Filled up tender
  • Renew lisence (CIDB, PKK, MOF)
Lain-lain keje akan diupdated dari sehari ke sehari



BUT from my deep heart..i'm still bersykur...sebab SABTU cuti. Keje dari kul 8 pagi- 5.00 petang. Gaji..up sikit dari opis lama. Alhamdulilah. Tq Allah!


















Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini. 










14 April 2015

Lagi cerita sirap merah-vivix



Hai….assalamulaikum….



Sementara menunggu ‘ayam yang baru kuar dari freezer’ mencair dan melembut, singgah sembang-sembang di blog sat. Satu jam jugak nak tunggu tu. Bak kata sang pujangga sambil menyelam minum air. Masak pun settle. Updated blog pun settle. Huhuhuhu. Belajarlah mencuri masa. (^_^)


Diana nak sambung cite pasal vivix sirap merah yang Diana baru start comsume awal bulan ni.


Vivix sirap merah ni pekat bewarna merah. Sebotol ada 150 ml. Sehari korang boleh makan satu sudu kecil. Kalau nak jimat sikit korang boleh guna sudu kfc yang kecik molek tu. 


TETAPI kalau sesiapa yang mepunyai penyakit kritikal macam kencing manis, darah tinggi, strok, cancer, atau cyst. Digalakkan mengambil 3 sudu kecik sehari. Selamat diambil semasa perut kosong atau selepas makan.


Peringatan! Sesiapa yang ada gastric, tidak digalakkan mengambil semasa perut kosong. Dikuatiri gastrik akan menyerang. 

Melalui pemgalaman sendiri, Diana pernah amik  semasa perut kosong di awal pagi. Tak ada apa-apa masalah serius berlaku, cuma rasa pedih ulu hati sikit.Tu yang tak galakkan mereka yang ada gastrik minum semasa perut kosong. Langkah lebih baik amik selepas makan. 

Vivix ni bukan sahaja boleh dihirup,  tetapi boleh disapukan pada kesan melecur akibat air panas atau api. Sapukan vivix secara nipis dibahagaian terkene api atau air panas.  Insyaallah, ia sangat membantu memulihakan kesan melecur dengan cepat.



Vivix super detox? Betul ke?

Yup! Vivix juga bertindak sebagai super detox. Tindak balas yang biasa berlaku seperti pening-pening, badan sakit-sakit atau naik jerawat. 

Don’t worry! Itu namnya healing crisis!  Berapa lama ia berlaku? Bergantung pada tahap kesihatan seseorang. Ada yang dua minggu. Ada yang seminggu.

Sejak consume Vivix..Diana tidak mengalami sebarang healing cirisis yang teruk. Cuma asyik terkentut je..Hihihi…dalam badan banyak angin lah kut!  

Kenapa diana tak mengalami helaing crisis? Ini kerana, Diana  mengamalkan alfalfa. 

Alfalfa juga bagus untuk detox. Ia membantu mengeluarkan  semua keladak-keladak di dalam badan kita.  Tulah sebabnya kenapa selepas Diana consume vivix, no more healing crisis . Senyummmmmmm dan lege.

Kalau yang tak pernah atau tidak mengamalkan alfalfa then terus amik vivix. Tu yang nanti ada healing crisis. Tapi tak yah risau…healing crisis berlaku hanya sementara waktu sahaja.
Bukan untuk selamanya.


Vivix lebih selamat duduk dalam freezer. Sejuk je bila masuk dalam tekak nanti. Sesedap rebina! 

Tobat sedap! 




Teruja nak  cuba vivix boleh hubungi Diana
Whats app/sms/call 0193250676


COD sekitar setapak, Wangsa Maju, Jalan Gombak, Sentul, Greenwood, Batu Caves, Selayang.










Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini