08 February 2015

9 Ciri-ciri Makanan Tambahan protin yang UNGGUL

  1. Ia harus mempunyai PER(nisbah efficient protein) yang tinggi. Kesemua 9 asid amino harus wujud serentak  dan pada nisbah yang betul untuk membolehkan penggunaan maksimum
  2. Ia harus telah teruji dan didapati memenuhi segala dakwaan yang disenaraikan pada label
  3. Ia harus tidak mengandungi hormon, antibiotic, atau lain-lain bahan kimia, yang merbahaya
  4. Ia harus tidak mengandungi tambahan pewarna, perisa  atau pengawet tiruan. 
  5. Ia harus tidak mengandungi kolestrol ataupun amaun yang minima
  6. Ia harus mengandungi  paras lemak yang paling rendah
  7. Ia harus mengandungi asingan protin kacang soya sebagai ramuan utama.
  8. Ia harus mengandungi  kalori paling rendah supaya berguna dalam program mengurangkan berat badan.
  9. Ia harus memerlukan penyediaan yang minimal  dan yang paling penting sekali ia harus tidak dimasak.

Makanan Tambahan protin tunggal yang saya dapati memenuhi kesemua syarat ialah Shaklee Instant Protein Drink. Atau lebih dikenali sebagai Energizing Soy Proten(ESP). 


Daripada kesemua keluarannya diuji ia terbukti superior dari segi pemakanan. Shaklee instant Protein mengandungi protein berkualiti tinggi  berbanding dari mana-mana sember makanan utama .




 Bandingkan
Lemak
Kolestrol
Shaklee Instant Produk Drink, 1 aun
1.0gm
0mg
Round Steak, 2 aun
8.7gm
39.7mg
Roasted Chicken, 2 aun
3.6gm
34.0mg
Broiled salmon, 2 aun
4.4gm
41.7mg
Telor sederhana, 3 biji
14.3gm
770mg
keju Cheddar, 2 aun
20.9gm
65.2mg

* Setiap makanan protin yang disenaraikan mengandungi 16g protein.

Kisah Daging lembu dan humbuger

Siapa suka makan 'humburger'? Anak sulung Diana paling suka makan humburger ni. Orang kata kalau diberi pilihan antara makan nasi dengan humburger, pasti dia pilih humburger. Sangatlah suka.Tetapi tahukah kita bahawa pengambilan secara berlebihan humburger boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Menurut Dr Bruce B.Miller, beliau menyatakan bahawa

Bila daging dihantar ke loji pembungkusan, ia dicampur bahan-bahan penambah untuk tujuan menyimpan, melembut,mengawet, mewarna, menambah perisa, perasa serta mengawetkannya. setakat ini kita tidak tahu akibat atau kesan dari kesemua bahan kimia yang digunakan ini.

Setelah daging lembu yang telah diproses, disimpan, diawet,dilebutkan, diwarna, serta ditambah perasa serta perisa dan perasa, penyediaan terakhir boleh menjejaskan kualiti protin.

Tahukah anda bahawa memasak protin haiwan boleh menyebabkan penyahaslian dan mengurangkan kualiti protin semakin berkurang. Sesetengan kajian menunjukkan bahawa memakan protin haiwan yang dipanaskan boleh menjadi satu faktor pengerasan arteri yang disusuli dengan serangan jantung.

Ditahap loji pembungkusan, humburger mungkin diproses dengan tar batu arang, natrium nitrat, natrium nitrit,benzoate soda, natrium sulfit, natrium nokotinat dan kocineal. Kesemua ini adalah lanjutan dari teknik-teknik pemprosesan daging lembu tersebut.

Daging lembu kisar atau humburger yang diserah ke kedai runcit mungkin mengandungi sebanyak 30% lemak.Jika daging lembu dikisar dikedai, maka tiada had bagi kandungan lemak.

Secara purata, lebih kurang 80% kalori yang terkandung dalam daging lembu kisar kedai itu berasal dari lemak tepu.

Katakan tidak pada humburger. Tapi sekali sekala bolehlah kut.....

Jadi moralnya...para ibu-ibu dan bapa sekalian, anda wajib mengurangkan kadar pengambilan humburger ini untuk anak-anak korang. Bahaya tau kalau makan setiap hari.

Jaga pemakanan...jaga kesihatan.

07 February 2015

7 sebab kalsium penting untuk ibu hamil

Bila cakap bab bersalin normal ni secara automatik teringat kisah 3 tahun lepas. Lahirnya anak ke-2 secara normal. Memandangakan anak sulung dilahirkan secara ceserean. 

Bersalin secara normal of courselah tak lari dari bercerita pasal 'komplikasi semasa meneran'. Diana sendiri mengambil masa sampai setengah jam kut proses meneran ni. Mujur tak da perkara yang gerun berlaku. Memang seriau bila teringatkan proses tersebut.

Jadi bagi ibu-ibu khususnya yang sedang mengandung sekarang, ada baiknya mulakan pengambilan kalsium dalam diet harian anda. Diana dulu minum susu sahaja. Masa tu tak kenal shaklee lagi. Rugi pulak rasanya.

Korang nak tahu? Pegmabilan kalsium adalah zat yang AMAT PENTING bagi ibu-ibu hamil. Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. lebih buruk kesannya berterusan sehinnga usia tua.

Menurut pakar Obstetrics dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Delilah Ahmad. "saya terkejut apabila ada doktor tidak memperaktikkan pemberian kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan." Ini kerana kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting disamping zat besi, folik, potosim dan lain-lain.

Sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khusunya pada semester ketiga mereka mangandung dan saat-saat melahirkan anak.

Ibu hamil memerlukan 1200 mg- 1300 mg kalsium sehari iaitu tambahan 300-500 mg zat yang diperlukan orang dewasa.


7 sebab kalsium penting untuk ibu hamil
  1. Kalsium untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal
  2. Pembekuan darah, mentabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya KONTRAKSI
  3. Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi
  4. Secara amnya, kalsium yang sedia ada akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembetukan tulang. Ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan
  5. Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda
  6. Kukurangan kalsium boleh menyebabkan osteoporasis
  7. Kalsium untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semua  mahupun sewaktu kedatangan haid
  8. Kalsium membantu mengatasi masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
  9. Kalsium membantu mengurangkan masalah 'simpul biawak' khususnya semasa mengandung

sumber informasi : kosmo! pesona
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Diana di talian 019-3250676/sms/whatsapp/telegram/fb mar diana/

06 February 2015

My favourite breakfast

Hari ni seawal 6.30 pagi kami anak beranak dah pegi serang warung roti canak kak jah. Sebabnya hari ni mama off buat sarapan. Kakak Arissa pukul 6 lagi abah dah kejutkan. Yang adik haikal mama dah siap bangunkan. Anak-anak memang dah train bangun pagi. Tak nak biasakan bangun lewat. Panjang ceritanya nanti.

Kat kawasan tempat tinggal kami ni, warung roti canai kak jah adalah pilihan hati En somi. Tambah-tambah lagi En suami boikot tak nak pagi kedai mamak. Paham-paham jelah kat Kl ni kedai mamak bersepah-sepah. Nak cari kedai roti anai melayu punyalah payah. En somi sanggup berlapar dari pegi kedai mamak. Yang tu memang Diana tak paham. Abaikan jelah. Kalau Diana, hentam sajalah. Mamak ke melayu ke...dua-dua boleh. 

Kalau korang nak tahu dalam banyak-banyak menu sarapan pagi, Diana paling tak suka menu roti canai, roti telor. Bukan tak makan, tapi itu pilihan terakhir. Hahhaha...bak kata en somi, tekak orang kaya. Merepek je En somi tu. Dah tak suka, tak kan nak paksa kut. Tapi pagi ni si somi dah mempelawa, so layankan jelah. Kang merajuk pulak.

Biasanya pagi-pagi Diana suka makan menu berat. Paling suka nasi berlauk. kalau balik kampung banyak syok, sebab bapak mertua suka makan nasi di awal pagi. So Diana akan tumpang sekaki. Kahkahakah....

Tapi kalau kat Kuala Lumpur ni, mostly kat kawasan Kg Padang Balang ni, Diana akan merayap kat pekan Greenwood. Tak pun kat Sri Gombak, nak cari sarapan yang best-best. Of course lah carik Nasi berlauk.

Nasiblah badan tak cukup kuasa nak mengembang lagi. So misi seterusnya nak cari nasi berlauk yang tersedap kat area Sentul-Gombak-Sri Gombak-Batu Caves. 

Harap misi berjaya.

Lebih kurang macam nilah...bubuh kuah sikit, ada lauk ayam sikit, sayur sikit...sedapppp.

05 February 2015

keperluan kalsium dalam diet harian seorang wanita

HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan  dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.

Macam Diana sendiri memang mengamalkan ostematrix jenama Shaklee. Punca-punca dari mengalami sakit belakang akibat dari postur badan yang dah berubah. Bukan sebab jatuh atau kemalangan. Tapi sebab yang secara tak langsung. Mula sakit belakang ni sakit yang biasa. Tapi lama-kelamaan semakin teruk. Bila berdiri lama akan mula rasa sakit, tak selesa, rasa ngilu. 

Sejak dari tu, Diana amalkan suppliment. Alhamdulilah almost 3 tahun Diana dah amalkan ostematrix. Feedback yang sangat positif.

Cadangan pengambilan sehari sebanyak 4 biji bagi setiap individu. Sebiji bersamaan dengan 30 mg


Anda seorang wanita? Anda patut tahu
Manfaat kalsium ketika berpantang


sumber maklumat : utusan online, Dr. Zubadi