Hai Semuaaaa
Assalamualaikum
Today is 2hb June 2015.
Hari lahir Diana yang ke 33 tahun. Terasa diri ni sudah semakin tua. Hihihihi.
Ingat semalam nak buat kek sebiji tapi tak cukup berkuasa rajin. Sebab bahan-bahan utama masih dikedai lagi.
Tetapi weekend baru-baru ni Diana ada cuba resipi baru. Nama nya kek chiffon pandan. Resipi ni Diana amik dari dapur kak azie kitechen.
Disebabkan anak teruna suka sangat makan kek, maka mama pun automatik jadi rajin dan bersemangat nak membaking dan mencuba resipi-resipi baru.
Jom kita intai resipi
Bahan A
4 telur kuning
50 gm gula kaster
50 ml corn oil
100 ml santan
100 gm tepung kek
1 tsp baking powder
1/8 tsp garam
1 tbsp jus pandan
1 tsp vanilla essen
1/2 tsp esen pandan
1/4 tsp pewarna hijau
Bahan B
5 telur putih
50 gm gula kaster
1/2 tbsp cream of tartar
23 inches cake tin
perfect kek chiffon adalah kek yang rasa sedap, berbau wangi dan kelihatan cantik.
Potong
daun pandan yang telah dibersihkan dan tumbuk atau blend dengan
memasukkan 1 sudu besar air dan perah utk mendapatkan jus pandan.
Masukkan
telur kuning dan gula kaster, pukul selama 5 minit dengan kelajuan
level 6. masukkan corn oil, santan, jus pandan, pandan paste dan sedikit
pewarna hijau. pukul lagi hingga sebati.
Ayak
tepung gandum dan baking powder ke dalam adunan tadi dan pukul dengan
kelajuan level 4. masukkan dalam bekas lain dan ketepikan.
Bersih
dan keringkan mangkuk untuk pukul telur putih. pastikan telur berada
dalam suhu bilik, segar. Putar 5 biji telur putih selama 1 minit dengan
kelajuan level 4. Apabila telah kembang, masukkan krim of tartar dan
pukul lagi selama 45 saat dengan kelajuan level 8. lepas itu, masukkan
gula secara sedikit sedikit selama 45 saat.
Masukkan
1/3 adunan telur putih ke dalam adunan hijau. Dengan menggunakan
spatula, fold kaup balik dari tepi acuan dibalikkan ke bahagian tengah
sehingga rata, masukkan adunan telur putih selebihnya.
Hentakkan
beberapa kali mangkuk bagi mengeluarkan bubble. Tuangkan ke dalam acuan
secara perlahan lahan hanya dari satu arah sahaja. Selepas itu, dengan
menggunakan chopstik, cucuk sehingga ke abahagian dasar acuan, buat
beberapa pusingan bagi mengeluarkan bubble yang yerperangkap di bawah
atau tepi acuan.
Akhir sekali ratakan permukaan adunan dengan menggunakan spatula bagi mengelakkan rekahan sepanjang chopstik tadi.
Panaskan
oven 170 darjah dan letakkan acuan di level paling rendah dalam oven.
Check kek setiap 10 minit. Selepas 20 ke 25 minit, adunan mula naik dan
mula merekah, mula rendahkan suhu oven dengan menukar pada non fan mode
untuk mengurangkan api atas. mesti lebih panas di bahagian bawah dari
bahagian atas.
Apabila
kek masak, biarkan di dalam oven sekejap sebelum dikeluar dan
terbalikkan acuan sehingga betul betul sejuk. Ada yang meletakkan tuala
lembab di atas acuan bagi mempercepatkan kek sejuk. Biatkan selama 1
hingga 3 jam.
Dengan
menggunakan pisau tajam dan menggunakan satu arah, lalukan dengan
menekan pisau ke tepi acuan bagi mengelakkan permukaan kek yang tidak
cantik. Boleh juga masukkan kek ke dalam peti sejuk selepas ianya sejuk bagi mengekalkan kestabilan kek dan bentuknya.
Tadaaaaaa...siap sebiji kek air tangan mama D
kalau korang nak tahu langkah-langkah detail penyediaan kek chiffon ni..sila klik di link yang Diana berikan tu yer. Semua cara-cara kak Azie dah sediakan.
Pesanan penaja
Stok Nutriferon dah ada. Kat umah Diana wajib ada serbuk Nutriferon ni. Apa yang bagus sangat nutriferon ni? Nutriferon ni berbentuk serbuk. Di packet dalam bentuk sachet. Satu kotak ada 30 sachet. Normaly kalau anak-anak Diana selsema, demam atau batuk....Diana akan kasi Nutriferon. Kesannya seawal 2-3 hari. Tiada kesan sampingan. Dipendekkan cerita ia membantu dalam menguatkan sistem imun seseorang.
Sekian perkongsian untuk kali ini.
Jumpa lagi!
Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.