21 June 2015

Pencuci mulut ringkas dan mudah : Puding jagung

Assalamualaikum


salam 4 ramadan


Tak mau ngomel panjang-panjang hari ni. 


Sebenarnya dah lama nak kongsi cerita pasal resipi puding jagung yang paling senang di dunia. Resipi ni diana dapat dari pak google. Sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa.


CUMA nya...Diana tak ingat dari blogger mana. Apa-apa pun..terima kasih pada empunya yang berkongsi resipi puding jagung ni. Korang jangan risau, resipi ni gerenti jadi dan sedap. 



Resipi : Puding jagung


Bahan-bahannya ( Untuk 2 adunan)

10 sudu besar Tepung kastad (Diana guna brand Nona). Suka nengok color kuning yang menguning tu
8-9 suudu besar Gula kasar 
i tin Jagung ( amik yang tulis creamer tau). Diana guna ayam brand. Tapi kalau nak best lagi carik brand yeos
Santan (1 liter)


Semangkuk besar santannya.........andai kata nak ganti dengan susu cair pun boleh. Tapi Diana tak suka guna susu sbb tekak tak bapa nak terima......



Cara-caranya

Campurkan tepung kastad, gula dan jagung.

Kemudian campurkan santan.

Gaul rata
 
Adunan memang cair. Jangan takut. Anda bukan tersalah resipi. Hi...Hi.....


Selepas tu boleh dimasak dengan menggunakan api sederhana. Kacau tanpa henti. Tapi kalau berhenti nak lap peluh..sila-sila. 

Kenapa kene sentiasa dikacau? Ini untuk mengelakkan kastad dari berketul-ketul.

Lama-kelamaan bancuhan akan menjadi likat...kacau sehingga pekat.Sampai tangan rasa lenguh nak mengacau. Itu namnya dah nak masak. Bila adunan semakin likat..memang rasa berat je nak kacau.

Bila dah nampak macam gam. Boleh padam kan api. dan boleh dituangkan di dalam dulang. Jangan biar lama di dalam periuk. Silap haribulan, kang terkeras dalam periuk. Jadi pas je masak..cepat-cepat masukkan dalam dulang.


atau kalau nak bubuh dalam acuan pun boleh je. Diana guna dulang je.


Siap bubuh dalam dulang, tunggu sejuk sebelum dipotong.....

Dah siap untuk di agihkan kepada sedara mara.........


Andai kata cara penerangan ku tidak sampai kepada kalian...harap diampun yer. Maklumlah aku pun bukanlah sorang master chef seperti chefwan atau pun chef zubir. Aku hanya seorang chef untuk tekak sendiri anak-anak serta suami tersayang.


Aku sekadar  ingin berkongsi sedikit  ilmu yang aku ada sebagai satu perkongsian yang bermanfaat untuk semua orang.



Sekian. 

Tertiba tertulis ayat jiwang pulak...layannnnnn............




Jangan lupa tau cuba resipi di atas.







Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.






42 comments:

  1. my fav nih! nampak sodap! selamat berpuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka! Lagi2 yang ada banyak jagung. Yummy!

      Delete
    2. Mestilah sodap! Selamat berpuasa SS

      Delete
  2. rasa cam esok nak buat utk berbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat jgn tak buat. Diana kt umah ni x da sapa suka mkn.kalo buat tu bkn sbb teringin nak mkn...teringin nak buat....

      Delete
  3. dulu2 selalu jugak buat, Sekarang dah malas.hehe tapi sedap kan..boh dalam peti ais makan sejuk2

    ReplyDelete
  4. Tempting sangat puding jagung ni,...meriah colour kuningnya :)
    Dulu2 kalau buat puding, saya suka ambil semangkuk yang belum likat, konon2 makan sup jagung la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang sup jagung tu x pernah Cuba lgkkkk....kalo pakai tepung kastad brand Nona
      ..warna kuning ngalah diraja Kak Farah!

      Delete
  5. Memang sedap yang letak jagung ni..bunda pun dahlama tak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jagung bubuh lebih2 ...lgk pasti mengamcam kan bunda...baru betul nm puding jagung

      Delete
  6. Memang sedap yang letak jagung ni..bunda pun dahlama tak buat..

    ReplyDelete
  7. sedap ni....biasa akak pakai susu cair...tapi diana punya macam mengoda sesangat..akak nak cuba pakai santan pulak :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana x suka pakai susu cair...tekak x Leh tima....

      Jemput cuba Kak yan!

      Delete
  8. salam Ramadhan sis.. memang sedap puding jagung ni.. peberet my hubby:)

    ReplyDelete
  9. disejukkan dlm peti ais..perghh, nyaman sekali diwaktu berbuka..

    ReplyDelete
  10. kuih yg palingggggg senang nk buat ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu anies! Senang, mudah dan cepat siap!

      Delete
  11. Ganjaran berganda buat utk diagih pada saudara-mara lagi
    Mudah dibuat sedap dimakan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu Kakzakie, mudah dibuat sedap dimakan. Semoga mendapat seribu keberkatan dibulan mulia ini.

      Delete
  12. sedapnya puding jagung
    ;) terima kasih berkongsi resepinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi...memang sedap!

      Sama-sama kasih.

      Delete
  13. puding ni fav suami saya..
    belum ada kesempatan membuatnya lagi ramadan ni, huhu..
    nak cuba resepi diana ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila Cuba. Sbb resipi yg Sgt mudah nak buat.....

      Delete
  14. Sedapnye lagi2 kalau sejuk best je lalu kat tekak

    ReplyDelete
  15. masuk dlm peti sejuk . nak buka baru ambil ... perghhh .

    ReplyDelete
  16. ni resepi paling ringkas kan? sy pun pernah buat, memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer dik...ringkas...mudah Dan cepat. Sodappp!

      Delete
  17. puding apapun sedap... memang senang dimakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....Adik beradik puding paling senang nak buat

      Delete
  18. laaaaaaaaa.. senang rupenye.. blk keja ptg karang dah boleh cari bhn dah.. thanks kak! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha dik...senang bangat. Buat jgn x buat ye.! Good luck!

      Delete
  19. rajinnyer makk., bila nk updet blog nih., kihkih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah....setahun berlalu..baru nampak jln nuk..baru nak blk pangkal jalan ni..hahhaha

      Delete
  20. CT datang singgah sini.. update laa update =)

    ReplyDelete
  21. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete