02 June 2015

kek chiffon pandan

Hai Semuaaaa

Assalamualaikum


Today is 2hb June 2015.


Hari lahir Diana yang ke 33 tahun. Terasa diri ni sudah semakin tua. Hihihihi. 

Ingat semalam nak buat kek sebiji tapi tak cukup berkuasa rajin. Sebab bahan-bahan utama masih dikedai lagi. 

Tetapi weekend baru-baru ni Diana ada cuba resipi baru. Nama nya kek chiffon pandan. Resipi ni Diana amik dari dapur kak azie kitechen. 

Disebabkan anak teruna suka sangat makan kek, maka mama pun automatik jadi rajin dan bersemangat nak membaking dan mencuba resipi-resipi baru. 


Jom kita intai resipi



Bahan A
4 telur kuning
50 gm gula kaster
50 ml corn oil
100 ml santan
100 gm tepung kek
1 tsp baking powder
1/8 tsp garam
1 tbsp jus pandan
1 tsp vanilla essen
1/2 tsp esen pandan
1/4 tsp pewarna hijau

Bahan B
5 telur putih
50 gm gula kaster
1/2 tbsp cream of tartar

23 inches cake tin

perfect kek chiffon adalah kek yang rasa sedap, berbau wangi dan kelihatan cantik. 


Potong daun pandan yang telah dibersihkan dan tumbuk atau blend dengan memasukkan 1 sudu besar air dan perah utk mendapatkan jus pandan.

Masukkan telur kuning dan gula kaster, pukul selama 5 minit dengan kelajuan level 6. masukkan corn oil, santan, jus pandan, pandan paste dan sedikit pewarna hijau. pukul lagi hingga sebati. 

Ayak tepung gandum dan baking powder ke dalam adunan tadi dan pukul dengan kelajuan level 4. masukkan dalam bekas lain dan ketepikan.

Bersih dan keringkan mangkuk untuk pukul telur putih. pastikan telur berada dalam suhu bilik, segar. Putar 5 biji telur putih selama 1 minit dengan kelajuan level 4. Apabila telah kembang, masukkan krim of tartar dan pukul lagi selama 45 saat dengan kelajuan level 8. lepas itu, masukkan gula secara sedikit sedikit selama 45 saat. 

Masukkan 1/3 adunan telur putih ke dalam adunan hijau. Dengan menggunakan spatula, fold kaup balik dari tepi acuan dibalikkan ke bahagian tengah sehingga rata, masukkan adunan telur putih selebihnya.

Hentakkan beberapa kali mangkuk bagi mengeluarkan bubble. Tuangkan ke dalam acuan secara perlahan lahan hanya dari satu arah sahaja. Selepas itu, dengan menggunakan chopstik, cucuk sehingga ke abahagian dasar acuan, buat beberapa pusingan bagi mengeluarkan bubble yang yerperangkap di bawah atau tepi acuan.

Akhir sekali ratakan permukaan adunan dengan menggunakan spatula bagi mengelakkan rekahan sepanjang chopstik tadi. 

Panaskan oven 170 darjah dan letakkan acuan di level paling rendah dalam oven. Check kek setiap 10 minit. Selepas 20 ke 25 minit, adunan mula naik dan mula merekah, mula rendahkan suhu oven dengan menukar pada non fan mode untuk mengurangkan api atas. mesti lebih panas di bahagian bawah dari bahagian atas.

Apabila kek masak, biarkan di dalam oven sekejap sebelum dikeluar dan terbalikkan acuan sehingga betul betul sejuk. Ada yang meletakkan tuala lembab di atas acuan bagi mempercepatkan kek sejuk.  Biatkan selama 1 hingga 3 jam.  

Dengan menggunakan pisau tajam dan menggunakan satu arah, lalukan dengan menekan pisau ke tepi acuan bagi mengelakkan permukaan kek yang tidak cantik.  Boleh juga masukkan kek ke dalam peti sejuk selepas ianya sejuk bagi mengekalkan kestabilan kek dan bentuknya. 



Tadaaaaaa...siap sebiji kek air tangan mama D


kalau korang nak tahu langkah-langkah detail penyediaan kek chiffon ni..sila klik di link yang Diana berikan tu yer. Semua cara-cara kak Azie dah sediakan. 



Pesanan penaja


Stok Nutriferon dah ada. Kat umah Diana wajib ada serbuk Nutriferon ni.  Apa yang bagus sangat nutriferon ni? Nutriferon ni berbentuk serbuk. Di packet dalam bentuk sachet. Satu kotak ada 30 sachet. Normaly kalau anak-anak Diana selsema, demam atau batuk....Diana akan kasi Nutriferon. Kesannya seawal 2-3 hari. Tiada kesan sampingan. Dipendekkan cerita ia membantu dalam menguatkan sistem imun seseorang. 


Sekian perkongsian untuk kali ini.


Jumpa lagi!









Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.









18 comments:

  1. asalamualaikum diana :-))

    nampak gebu sangat tu diana...bagi sepotong lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....Yan....

      Hahahha...blh sangat Yan!

      Delete
  2. owh , cantik hasilnya tapi kat umah saya x de timbang nak mencuba ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rsnya boleh convert dalam sukatan cawan kut. Tak pe..next time Diana tlg sukatkan dalam sukatan cawan yer. Moga-moga bermanfaat untuk semua......

      Delete
  3. asalamulaikum...singah sini pulak....sepanjang hidup akak ni tak pernah lagi buat kek chiffon selalu beli je kat kedai ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak malinda...meh cuba resipi ni. Diana dah banyak kali buat. Macam-macam hasil. Ada yang naik gebu gebas, yang bantat pun ada. Macam-macam cerita nak menghasilkan kek chiffon ni....

      Delete
  4. rajin buat kek hihi klu sy rajin beli je ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihhihi...x rajin mn pun. Cuma suka mencuba je....

      Delete
  5. rajin nya membaking...kalau JM? hurm rajin makan je..baru 33 thn...mudah lagiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu...kat Umah ni harap anak bujang je sk mkn. Anak dara Dan pak dara x layan pun.

      JM jgn sebut kuat2 33 tu...malu i....

      Delete
    2. Tak pe,..angka 33 tu nampak comel lagi :)

      Delete
  6. wow.. chiffon dengan sponge ade beza ke erk?

    ReplyDelete
  7. chiffon pandan mmg paling sedap dalam semua jenis kek chiffon..
    CT xleh terima kalo chiffon lemon o oren.. kenot goo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk suka kek chiffon pandan je....yg lain2 kenot gooo.....

      Delete
  8. Sedapnya kek pandan! Happy belated birthday, Diana. Diana sebaya ngan adik akak rupanya :)

    ReplyDelete