Assalamualaikum
salam 4 ramadan
Tak mau ngomel panjang-panjang hari ni.
Sebenarnya dah lama nak kongsi cerita pasal resipi puding jagung yang paling senang di dunia. Resipi ni diana dapat dari pak google. Sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa.
CUMA nya...Diana tak ingat dari blogger mana. Apa-apa pun..terima kasih pada empunya yang berkongsi resipi puding jagung ni. Korang jangan risau, resipi ni gerenti jadi dan sedap.
Resipi : Puding jagung
Bahan-bahannya ( Untuk 2 adunan)
10 sudu besar Tepung kastad (Diana guna brand Nona). Suka nengok color kuning yang menguning tu
8-9 suudu besar Gula kasar
i tin Jagung ( amik yang tulis creamer tau). Diana guna ayam brand. Tapi kalau nak best lagi carik brand yeos
Santan (1 liter)
Semangkuk besar santannya.........andai kata nak ganti dengan susu cair pun boleh. Tapi Diana tak suka guna susu sbb tekak tak bapa nak terima...... |
Cara-caranya
Campurkan tepung kastad, gula dan jagung.
Kemudian campurkan santan.
Gaul rata
Selepas tu boleh dimasak dengan menggunakan api sederhana. Kacau tanpa henti. Tapi kalau berhenti nak lap peluh..sila-sila.
Kenapa kene sentiasa dikacau? Ini untuk mengelakkan kastad dari berketul-ketul.
Lama-kelamaan bancuhan akan menjadi likat...kacau sehingga pekat.Sampai tangan rasa lenguh nak mengacau. Itu namnya dah nak masak. Bila adunan semakin likat..memang rasa berat je nak kacau.
Bila dah nampak macam gam. Boleh padam kan api. dan boleh dituangkan di dalam dulang. Jangan biar lama di dalam periuk. Silap haribulan, kang terkeras dalam periuk. Jadi pas je masak..cepat-cepat masukkan dalam dulang.
atau kalau nak bubuh dalam acuan pun boleh je. Diana guna dulang je.
Siap bubuh dalam dulang, tunggu sejuk sebelum dipotong..... |
Dah siap untuk di agihkan kepada sedara mara......... |
Andai kata cara penerangan ku tidak sampai kepada kalian...harap diampun yer. Maklumlah aku pun bukanlah sorang master chef seperti chefwan atau pun chef zubir. Aku hanya seorang chef untuk tekak sendiri anak-anak serta suami tersayang.
Aku sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku ada sebagai satu perkongsian yang bermanfaat untuk semua orang.
Sekian.
Tertiba tertulis ayat jiwang pulak...layannnnnn............
Jangan lupa tau cuba resipi di atas.
Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.