09 June 2015

Sirap merah oh sirap merah!

Assalamualaikum,


Pejam celik, pejam celik tak lama lagi nak masuk ramadhan dah.


Orang kata aura-aura ramadan tu dah mula terasa. Nak-nak macam Diana ni. Last-last minit baru nak ganti posa. Padanlah muka kan! The most important dah cuti puasa WAJIBLAH  GANTI kan.



Hari ni Diana nak  kongsi cerita pasal vivix.



Semua orang pasti dah familiar dengar nama vivix ni kan?

Sila perhatikan gambar Vivix ni di atas. Vivix berwarna merah pekat dan likat. Kalau masuk dalam tekak rasa macam rebina. Rasa anggun plus rasberry. Ternyata sedap! 

Hanya sesudu kecil sahaja.


Kenapa vivix berwarna merah bukan itam, kuning atau hijau?



Ha....ni den nak koba an



RAMUAN  UTAMA vivix  terdiri daripada Anggur Muscadine. Ia sejenis anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan kerana pasangan tambhan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antikosidan  yang lebih kukuh. Bercerita pasal saiz nggur muscadine ini, ia tidaklah seperti anggur yang biasa kita makan tu. Sebaliknya saiznya adalah sebesae bola golf. Ia mengandungi banyak polifenol dan resvetrol. 


Selain daripada itu, ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anngur jenis laindan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus  dan anti bakteria.



Siapa yang digalakkan mengamalkan Vivix?

Vivix sesuai di ambil oleh perokok, ketagihan arak atau dadah, pesakit Asthma, Bronkitis, batuk, masalah pundi hempedu, hepatitis, penyakit jantung, diabetes, Gout, batu karang, migrain, kebas-kebas atau kekejangan, letih dan lesu, parkinson,Penuaan, Terbakar, LUPS SLE, Katarak, Sakit sendi, Masalh prostat, Kemandulan lelaki, cyst serta kanser dan tumor.




Sekian, untuk info kali ini.


Jumpa lagi









Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini. 

05 June 2015

Penapis air yang unik

Assalamualaikum.....

Happy School holiday!

Yeahhhhh!

Macam cuti panjang yer kan. Anak-anaklah seronok, cuti sekolah. Cuti sekolah kali ni, no cuti-cuti malaysia. 

'Budget' tidak mengizinkan. Kene berjimat cermat memandangkan Ramadhan serta raya yang bakal tiba. 

Weeeeee


Hari ni Diana nak kongsikan cerita pasal penapis air hok 'comel lote' tu. Boleh di bawa ke sana sini. Penapis air boleh bergerak bebas. Nak bawa ke bilik boleh. Nak bawa ke dapur boleh. Nak bawa ke ruang tamu pun boleh. 



Uniknya penapis air ni sebab:-


Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
 
 
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian. 
 
 
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

 
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.












Sekian, perkongsian untuk hari ini. 


Andai kata berminat nak memiliki penapis air di atas boleh mnghubungi Diana 


Whats app 0193250676



sumber info terkini : shaklee.malaysia





Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

02 June 2015

kek chiffon pandan

Hai Semuaaaa

Assalamualaikum


Today is 2hb June 2015.


Hari lahir Diana yang ke 33 tahun. Terasa diri ni sudah semakin tua. Hihihihi. 

Ingat semalam nak buat kek sebiji tapi tak cukup berkuasa rajin. Sebab bahan-bahan utama masih dikedai lagi. 

Tetapi weekend baru-baru ni Diana ada cuba resipi baru. Nama nya kek chiffon pandan. Resipi ni Diana amik dari dapur kak azie kitechen. 

Disebabkan anak teruna suka sangat makan kek, maka mama pun automatik jadi rajin dan bersemangat nak membaking dan mencuba resipi-resipi baru. 


Jom kita intai resipi



Bahan A
4 telur kuning
50 gm gula kaster
50 ml corn oil
100 ml santan
100 gm tepung kek
1 tsp baking powder
1/8 tsp garam
1 tbsp jus pandan
1 tsp vanilla essen
1/2 tsp esen pandan
1/4 tsp pewarna hijau

Bahan B
5 telur putih
50 gm gula kaster
1/2 tbsp cream of tartar

23 inches cake tin

perfect kek chiffon adalah kek yang rasa sedap, berbau wangi dan kelihatan cantik. 


Potong daun pandan yang telah dibersihkan dan tumbuk atau blend dengan memasukkan 1 sudu besar air dan perah utk mendapatkan jus pandan.

Masukkan telur kuning dan gula kaster, pukul selama 5 minit dengan kelajuan level 6. masukkan corn oil, santan, jus pandan, pandan paste dan sedikit pewarna hijau. pukul lagi hingga sebati. 

Ayak tepung gandum dan baking powder ke dalam adunan tadi dan pukul dengan kelajuan level 4. masukkan dalam bekas lain dan ketepikan.

Bersih dan keringkan mangkuk untuk pukul telur putih. pastikan telur berada dalam suhu bilik, segar. Putar 5 biji telur putih selama 1 minit dengan kelajuan level 4. Apabila telah kembang, masukkan krim of tartar dan pukul lagi selama 45 saat dengan kelajuan level 8. lepas itu, masukkan gula secara sedikit sedikit selama 45 saat. 

Masukkan 1/3 adunan telur putih ke dalam adunan hijau. Dengan menggunakan spatula, fold kaup balik dari tepi acuan dibalikkan ke bahagian tengah sehingga rata, masukkan adunan telur putih selebihnya.

Hentakkan beberapa kali mangkuk bagi mengeluarkan bubble. Tuangkan ke dalam acuan secara perlahan lahan hanya dari satu arah sahaja. Selepas itu, dengan menggunakan chopstik, cucuk sehingga ke abahagian dasar acuan, buat beberapa pusingan bagi mengeluarkan bubble yang yerperangkap di bawah atau tepi acuan.

Akhir sekali ratakan permukaan adunan dengan menggunakan spatula bagi mengelakkan rekahan sepanjang chopstik tadi. 

Panaskan oven 170 darjah dan letakkan acuan di level paling rendah dalam oven. Check kek setiap 10 minit. Selepas 20 ke 25 minit, adunan mula naik dan mula merekah, mula rendahkan suhu oven dengan menukar pada non fan mode untuk mengurangkan api atas. mesti lebih panas di bahagian bawah dari bahagian atas.

Apabila kek masak, biarkan di dalam oven sekejap sebelum dikeluar dan terbalikkan acuan sehingga betul betul sejuk. Ada yang meletakkan tuala lembab di atas acuan bagi mempercepatkan kek sejuk.  Biatkan selama 1 hingga 3 jam.  

Dengan menggunakan pisau tajam dan menggunakan satu arah, lalukan dengan menekan pisau ke tepi acuan bagi mengelakkan permukaan kek yang tidak cantik.  Boleh juga masukkan kek ke dalam peti sejuk selepas ianya sejuk bagi mengekalkan kestabilan kek dan bentuknya. 



Tadaaaaaa...siap sebiji kek air tangan mama D


kalau korang nak tahu langkah-langkah detail penyediaan kek chiffon ni..sila klik di link yang Diana berikan tu yer. Semua cara-cara kak Azie dah sediakan. 



Pesanan penaja


Stok Nutriferon dah ada. Kat umah Diana wajib ada serbuk Nutriferon ni.  Apa yang bagus sangat nutriferon ni? Nutriferon ni berbentuk serbuk. Di packet dalam bentuk sachet. Satu kotak ada 30 sachet. Normaly kalau anak-anak Diana selsema, demam atau batuk....Diana akan kasi Nutriferon. Kesannya seawal 2-3 hari. Tiada kesan sampingan. Dipendekkan cerita ia membantu dalam menguatkan sistem imun seseorang. 


Sekian perkongsian untuk kali ini.


Jumpa lagi!









Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.









24 May 2015

Kek muffin lobak

Assalamulaikum


Hampir berminggu tak ke udara.

Aduh!!!!!!!



Ari tu dah siap berjanji, berazam bagai nak updated blog setiap hari...tapi janji tinggal janji je. Macam mana ni. Masa tu ada...tapi terlalu limited.


Hahahahha


Ayat-ayat yang tak boleh bla. Asyik kasi alasan je kan. Diana sedang mencuba untuk mengupdated blog setiap hari. 


Saban hari keje di opis yang semakin bertingkek-tingkek. Keje umah yang sentiasa tinggi membukit.



Abaikan semua tu.



Hari ni Diana nak kongsikan satu resipi yang Diana dah lama nak cuba buat. Akhirnya berjaya jugak membuatnya.


Tersangatlah mudah dan ringkas.


Rasa?


Opppppssssss!


 Diana tak pakar bab merasa. Because of  Diana suka menyediakannnya sahaj. Instead of Cuba untuk merasa. Normally adik Diana @ Kakak ipar yang akan komen. I just BAKED ONLY.





Muffin lobak Azie Kitchen


Resipi asal : Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 Ib carrots - parut
1 cawan walnut - cincang (saya tak letak)
3 biji telur gred A - (guna 4 telur B)
1/2 cawan buttermilk (atau 1 sk jus lemon + susu)
1 sk pure vanilla extract
2 cawan gula 
1 cawan minyak sayuran
1 sb parutan kulit oren
3 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
2 sk baking powder
1 sk garam
2 sk serbuk buah pelaga 
1 sk serbuk kayu manis

 
 
Cara cara:
 
Panaskan oven pada suhu 170C. Panggang walnut dalam oven selama 5 minit dan keluarkan dari oven. Sejukkan dan ketepikan.  

 
Bersihkan carrot, buang kulit kasar dan parut.

Parutan lobak yang telah diperah airnya.
nilah air parutan lobak yang diana dah siap perah.

Satukan carrot, buttermilk, minyak, gula, telur, vanilla extract dan parutan kulit orange di dalam mangkuk dan kacau sebati.


 
Di dalam mangkuk lain, satu dan ayakkan tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk buah pelaga dan serbuk kayu manis.



Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati. Jangan terlebih kacau. Masukkan walnut dan gaul sebati secara kaup balik.


Tuangkan ke dalam cawan kertas dalam 1/2 ke 3/4 penuh selama 18-20 minit atau sehingga masak. Rotate loyang selepas 15 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan di dalam loyang selama 5 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.



Cream Cheese Frosting

1 cawan/8 oz unsalted butter - lembut
16 oz Philadelphia cream cheese
1 1/2 cawan gula ising
Putar cream cheese dan butter dengan menggunakan kelajuan sederhana sehingga sebati. 

Ayak gula ising dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan.



Tadaaaa...siap dah muffin lobak dari air tangan Diana. Gambar yang ada frosting cheese tak sempat nak snappp.....

.


Pesanan Ikhlas : Sesiapa yang minat ke dapur boleh berkunjung ke blog kak Azie Kitchen. Terlalu banyak resipi yang menarik di sana.



Jumpa lagi...esok hari.



Insyaallah.







Terima kasih Dengan Setiap Kunjugan anda di blog ini.

14 May 2015

9 perkara menarik di alam UNIVERSITI

Assalamulaikum...............semua!


Tetiba rindukan suasana masa belajar kat Uitm dulu. Serius masa belajar adalah sangat seronok, sedap, manis...apa lagik...orang kata tak perlu tambah perasa pun. Memang enjoy! Hanya fikir quiz, test, assignment, exam.........


9 perkara menarik di alam UNIVERSITI


1.Kalau pilih room mate, Diana tak kan duduk dengan orang  yang sama Course dan sama kelas. Diana akan lari sejauh-jauh mungkin. Hahhaah. Tak suka ok. Sebabnya, psiko kut kalau nengok dia orang asyik belajar je.Nampak sangat aku ni pemalas nak belajar. Ha hahhha.hahh


2.Dulu-dulu glamour tau sumbat telinga dengan walkman. Orang kata kalau tak de walkman, ni tak da mood nak study kut. Sambil study, sumbat telingan dengan Walkman...sambil menyanyi dengan bangganya. Terlalak, terlolong orang kata. Ada aku kisah? Baru ada feel nak study.



3.Pastu, Diana ada satu tabiat. Sehari Diana akan tukar baju sampai 2, 3 pasang ke kelas. Contoh kalau kelas pukul 8 hingga 12 tgh, Diana pakai baju kurung bewarna hijau. Nanti bila datang kelas petang, Diana akan tukar baju lain. Yang Fresh. Tak de maknyanya Diana nak pakai baju yang sama. Bukan Dianalah gamaknya.


4.Pastu Diana ada banyak pasang kasut. Banyak. Sampai berpasang-pasang. Mengalahkan orang dah bekerja. Punya gila sopink kasut ketika itu. Sekarang? Wassalamu...ada lah 2, 3 pasang je. Dah lama retired mengumpul stok kasut.
Ha..haha..haha... baik buat bayar tusiyen anak. Kann?


5.Lagi, Diana tak suka belajar last minit. Diana memang ada buat jadual belajar. Untuk mengelakkan belajar last minit ketika nak exam. Maklumlah 'awak' tak berapa nak cerdik. Membuat jadual waktu adalah satu KEWAJIPAN bagi Diana. Nak-nak Diana memang tak boleh  belajar last minit ni. Rasa fakta berebut-rebut nak masuk.


6.Kat hostel, Diana tak menyimpan stok-stok makanan ringan macam roti, biskut atau any junk food. Sebab Diana 'manusia nasi'. (^_^). Kwan-kwan pun dah naik faham.



7.Lagi satu, kalau dapat bilik yang katil 'double decker' tak suka duduk yang bawah. Sebabnya..nanti semua orang suka melepak atas katil i tau. Isyyyyy! Pantang kut! So lebih baik pilih katil atas. Selesa sangat!



8.Dan pensyarah yang paling Diana suka dan serasi ialah..Pn Norhawani...Walaupaun dah 10 tahun meninggalkan Uitm, tapi masih segar nama pensyarah ni. Really miss her!



9.Pakwe? No cuple-couple masa belajar ok! Hahhaha...kami dah couple dari alam sekolah lagi. Cumanya masa further study tak sama Universiti. Cinta jarak jauhlah konon.



Lagi..lagi...nak kene recall. 



Untuk malam ni...cukup sekadar ini........






Apa cita menarik anda semasa di alam UNIVERSITI? Jom kita kongsi-kongsikan?






Pesanan Ringkas/ : Bulan ni promosi OmegaGuard, Vivix, Pronatal set, Post Natal set. Promosi hebat, Jualan hebat sehinga ujung bulan ini.









Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.