24 May 2015

Kek muffin lobak

Assalamulaikum


Hampir berminggu tak ke udara.

Aduh!!!!!!!



Ari tu dah siap berjanji, berazam bagai nak updated blog setiap hari...tapi janji tinggal janji je. Macam mana ni. Masa tu ada...tapi terlalu limited.


Hahahahha


Ayat-ayat yang tak boleh bla. Asyik kasi alasan je kan. Diana sedang mencuba untuk mengupdated blog setiap hari. 


Saban hari keje di opis yang semakin bertingkek-tingkek. Keje umah yang sentiasa tinggi membukit.



Abaikan semua tu.



Hari ni Diana nak kongsikan satu resipi yang Diana dah lama nak cuba buat. Akhirnya berjaya jugak membuatnya.


Tersangatlah mudah dan ringkas.


Rasa?


Opppppssssss!


 Diana tak pakar bab merasa. Because of  Diana suka menyediakannnya sahaj. Instead of Cuba untuk merasa. Normally adik Diana @ Kakak ipar yang akan komen. I just BAKED ONLY.





Muffin lobak Azie Kitchen


Resipi asal : Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 Ib carrots - parut
1 cawan walnut - cincang (saya tak letak)
3 biji telur gred A - (guna 4 telur B)
1/2 cawan buttermilk (atau 1 sk jus lemon + susu)
1 sk pure vanilla extract
2 cawan gula 
1 cawan minyak sayuran
1 sb parutan kulit oren
3 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
2 sk baking powder
1 sk garam
2 sk serbuk buah pelaga 
1 sk serbuk kayu manis

 
 
Cara cara:
 
Panaskan oven pada suhu 170C. Panggang walnut dalam oven selama 5 minit dan keluarkan dari oven. Sejukkan dan ketepikan.  

 
Bersihkan carrot, buang kulit kasar dan parut.

Parutan lobak yang telah diperah airnya.
nilah air parutan lobak yang diana dah siap perah.

Satukan carrot, buttermilk, minyak, gula, telur, vanilla extract dan parutan kulit orange di dalam mangkuk dan kacau sebati.


 
Di dalam mangkuk lain, satu dan ayakkan tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk buah pelaga dan serbuk kayu manis.



Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati. Jangan terlebih kacau. Masukkan walnut dan gaul sebati secara kaup balik.


Tuangkan ke dalam cawan kertas dalam 1/2 ke 3/4 penuh selama 18-20 minit atau sehingga masak. Rotate loyang selepas 15 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan di dalam loyang selama 5 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.



Cream Cheese Frosting

1 cawan/8 oz unsalted butter - lembut
16 oz Philadelphia cream cheese
1 1/2 cawan gula ising
Putar cream cheese dan butter dengan menggunakan kelajuan sederhana sehingga sebati. 

Ayak gula ising dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan.



Tadaaaa...siap dah muffin lobak dari air tangan Diana. Gambar yang ada frosting cheese tak sempat nak snappp.....

.


Pesanan Ikhlas : Sesiapa yang minat ke dapur boleh berkunjung ke blog kak Azie Kitchen. Terlalu banyak resipi yang menarik di sana.



Jumpa lagi...esok hari.



Insyaallah.







Terima kasih Dengan Setiap Kunjugan anda di blog ini.

14 May 2015

9 perkara menarik di alam UNIVERSITI

Assalamulaikum...............semua!


Tetiba rindukan suasana masa belajar kat Uitm dulu. Serius masa belajar adalah sangat seronok, sedap, manis...apa lagik...orang kata tak perlu tambah perasa pun. Memang enjoy! Hanya fikir quiz, test, assignment, exam.........


9 perkara menarik di alam UNIVERSITI


1.Kalau pilih room mate, Diana tak kan duduk dengan orang  yang sama Course dan sama kelas. Diana akan lari sejauh-jauh mungkin. Hahhaah. Tak suka ok. Sebabnya, psiko kut kalau nengok dia orang asyik belajar je.Nampak sangat aku ni pemalas nak belajar. Ha hahhha.hahh


2.Dulu-dulu glamour tau sumbat telinga dengan walkman. Orang kata kalau tak de walkman, ni tak da mood nak study kut. Sambil study, sumbat telingan dengan Walkman...sambil menyanyi dengan bangganya. Terlalak, terlolong orang kata. Ada aku kisah? Baru ada feel nak study.



3.Pastu, Diana ada satu tabiat. Sehari Diana akan tukar baju sampai 2, 3 pasang ke kelas. Contoh kalau kelas pukul 8 hingga 12 tgh, Diana pakai baju kurung bewarna hijau. Nanti bila datang kelas petang, Diana akan tukar baju lain. Yang Fresh. Tak de maknyanya Diana nak pakai baju yang sama. Bukan Dianalah gamaknya.


4.Pastu Diana ada banyak pasang kasut. Banyak. Sampai berpasang-pasang. Mengalahkan orang dah bekerja. Punya gila sopink kasut ketika itu. Sekarang? Wassalamu...ada lah 2, 3 pasang je. Dah lama retired mengumpul stok kasut.
Ha..haha..haha... baik buat bayar tusiyen anak. Kann?


5.Lagi, Diana tak suka belajar last minit. Diana memang ada buat jadual belajar. Untuk mengelakkan belajar last minit ketika nak exam. Maklumlah 'awak' tak berapa nak cerdik. Membuat jadual waktu adalah satu KEWAJIPAN bagi Diana. Nak-nak Diana memang tak boleh  belajar last minit ni. Rasa fakta berebut-rebut nak masuk.


6.Kat hostel, Diana tak menyimpan stok-stok makanan ringan macam roti, biskut atau any junk food. Sebab Diana 'manusia nasi'. (^_^). Kwan-kwan pun dah naik faham.



7.Lagi satu, kalau dapat bilik yang katil 'double decker' tak suka duduk yang bawah. Sebabnya..nanti semua orang suka melepak atas katil i tau. Isyyyyy! Pantang kut! So lebih baik pilih katil atas. Selesa sangat!



8.Dan pensyarah yang paling Diana suka dan serasi ialah..Pn Norhawani...Walaupaun dah 10 tahun meninggalkan Uitm, tapi masih segar nama pensyarah ni. Really miss her!



9.Pakwe? No cuple-couple masa belajar ok! Hahhaha...kami dah couple dari alam sekolah lagi. Cumanya masa further study tak sama Universiti. Cinta jarak jauhlah konon.



Lagi..lagi...nak kene recall. 



Untuk malam ni...cukup sekadar ini........






Apa cita menarik anda semasa di alam UNIVERSITI? Jom kita kongsi-kongsikan?






Pesanan Ringkas/ : Bulan ni promosi OmegaGuard, Vivix, Pronatal set, Post Natal set. Promosi hebat, Jualan hebat sehinga ujung bulan ini.









Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

11 May 2015

suppliment bantu kuatkan sistem imun

Asslamulaikum

Halo! Halo!


Pernah dengar tak "suppliment bantu kuatkan sistem imun"


Bunyi macam tak logik je kan. Tapi inilah hakikat sebenar yang berlaku kat anak Diana. 

Dulu-dulu masa Haikal berumur setahun, dia selalu demam, selsema dan  batuk. Sampai satu tahap diserang asma. Keje kami suami isteri ulang alik klinik jelah.Lega untuk seminggu dua je. Then haikal selsema semula. Memang masa tu antibodi Haikal sangat worst.


Agak tragis jugak masa tu, sebab Diana sentiasa kene on leave. Yelah nak tinggalkan umah pengasuh pun tak sampai hati. 


Bila sampai satu tahap, Diana terpikir ada baiknya Diana ikhtiar dengan suppliment. Diana bermula dengan meal shakes, nutriferon dan vitamin C.



Untuk pengetahuan semua, Nutriferon is very-very-very superb. 

Bukan setakat kanak-kanak jer boleh makan, orang dewasa pun boleh. Bukan sahaja bagus untuk demam, selsema tetapi kalau diserang batuk pun boleh amik. Kalau kene demam denggi pun boleh amik. Ia mampu mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh.


Nurferon ni berbentuk serbuk. Boleh dibancuh dengan air atau dimakan macam tu je. 

Serbuk nutriferon


Cara pengambilan nutriferon shaklee

Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 paket sehari
( tuang kedalam mulut terus/campur dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa)

Sewaktu rawatan influenza & kanser : 1-3 peket sehari. Lebih apabila diambil bersama vitamin C

Untuk kanak-kanak :Berikan secubit setiap hari hinggan sembuh. boleh diambil secara terus atau bancuh dengan air dan di minum. 1/2 utk kanak-kanak 6 tahun ke atas dan 1 stick untuk 12 tahun ke atas sehingga dewasa.




Hakikatnya, sekarang kalau anak beranak demam, selsema batuk...kami hanya sumbat bercubit-cubit nutferon. Hihihihi.......



Ternyata berkesan!




Mereka pun kata begitu!


10 May 2015

Garis Panduan makan vitamin@ suppliment

Haiiiii...semua.


Assalamulaikum,


Azam baru Diana nak updated blog setiap hari. Hahaha. Azam baru tak perlu tunggu tahun baru, baju baru atau apa-apa yang baru.


Just do it!



So,  petang ni Diana nak sembang topik "PANTANG LARANG"



"PANTANG LARANG DIANA".

Kadang-kadang rasa serabut bila ada banyak pantang larang ni. Itu tak boleh ni tak boleh. Pendek cerita nak 100% perfect. Serba serbi. Last-last diri sendiri rasa nak pitam dan nak pengsan. Rasa-rasa  boleh tak kalau tak de istilah "PANTANG LARANG" ni. Nak buang jauh-jauh.

  1. PANTANG... kalau nampak  ada habuk, ada sampah...ada pasir kat lantai. Orang kata kalau nampak mende-mende alah tu, balik-balik keje tu terus pegang penyapu. Rasa kalau tak sapu tu nampak sangat kotornya.
  2. PANTANG... kalau rasa atau nampak lantai melekit-lekit terus pegang mop. Selagi tak mop tu rasa tak senang nak duduk.
  3. PANTANG.....nampak baju penuh dalam bakul..pasti nak dobi cepat-cepat. Serabut wei nengok berberbakul-bakul baju kotor.
  4. PANTANG...nengok kain baju bertimbun-timbun dalam bakul...Sebab tak suka bila nak carik baju yang nak dipakai kene "kumbah" dalam bakul.
  5. PANTANG.... bubuh botol kicap kat atas meja tanpa pelapik pinggan. Hahhah...ni gatal namanya. Logiknya malas nak lap kesan kicap yang kat atas meja tu.
  6. PANTANG..... atas meja makan sarat dengan barang-barang yang tak sepatutnya. Logiklah kan...meja makan harus ada mende makanan jelah kan.
  7. PANTANG.... toilet mesti sentiasa bersih. Jangan ada kesan-kesan 'tut'.
  8. PANTANG....cadar, tuala 2, 3 kali seminggu dah tukar yang lain. Mesti nak sentiasa bau sabun. Baru ada feel nak tido.
  9. PANTANG....tak suka bila tidur pakai bantal dan selimut orang lain. Jadi bila balik kampung siap angkut bantal sendiri.


Bunyi macam bagus sangat kan! 


Tulah "PANTANG LARANG DIANA" 


Hakikatnya kadang-kadang kita kene terima hakikat yang kita ni seorang manusia biasa dan tak sempurna.Tak terkejar nak buat semua mende-mende tu.


Kadang-kadang cuba jugak buat tak heran dengan pantang larang ni. Tapi tak menjadi...sadissssss!


Sebab dah imun dengan badan kutttt.

 
Macam tu jugak bila korang amalkan pengambilan suppliment. Setiap suppliment pasti ada garis panduan nya tersendiri atau PANTANG LARANG yang perlu diikuti. 

Contohnya kalau korang amalkan vitamin Shaklee.

Ada beberapa PANTANG LARANG yang harus korang patuhi


Tak Note ok!
















Terima kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.

09 May 2015

Berpuasa dan Vitamin

Assalamualaikum


Hampir 2 minggu Diana menyepikan diri. Macam dah penuh sawang je umah ni. Adusssss!


Hihihihii.......actually....actually  tak lari ke mana pun. Masih ada di kota Kuala Lumpur ni. Sejak bertukar keje ditempat baru rutin bertambah sibuk. Waktu bekerja pun dah berubah. Bermula jam 8 pg sehingga 5 petang. Semua rutin jadi berubah. Penuh sampai jam 10 malam. Bila malam nak bukak lapy..asyik tertido atas meja. (^_^)


Welcome May!


Ding- dong...Ding-dong nak dekat puasa dah kita  kan? Yang bergelar wanita dah abis lum ganti puasa? Hihihii...tuan tanah pun  masih dalam proses penggantian puasa. Cyayok! Chayok!

Bercerita pasal ganti puasa ni, Diana ada vitamin kuatkan stamina KETIKA BERPUASA.


Diana ada Energizing Soy Protein dan Performance drink. Memang superb. Bak kata customer Diana,


Testimoni ESP untuk berpuasa

Kalau nak add on dengan performance drink pun lagi bagus. 

Kat sini Diana cerita serba sedikit  pasal performance drink.



Sejarah Performance Drink
Sejarah nya bermula apabila pertama ia dihasilkan pada tahun 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human powered flight programme). Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui Perkasan Produk Performance dari Shaklee, penerbangan Deadalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh aiatu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga  kini.


Terbukti Secara Klinikal
Berdasarkan dari ujian klinikal mmebuktikan rumusa  ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Ambil yang Terbaik, Serlahkan Yang Terbaik
Manfaat Utama:

  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang swaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederkan tubuh.
  • Membekal Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh.  Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan cloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  • Mencegah Penyahidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan
  • Mengekalkan paras gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot

 
Sesuai Untuk :
  • para atlet
  • Mereka Yang Berpuasa
  • Tidur lewat malam
  • Fasting Therapy
  • Pre and post surgery
  • Keletihan
  • Cirit birit
  • Denggi
  • Rendah Paras Gula
 
 
Cadangan Pengambilan
Sarapan : Campurkan satu sudu besar untuk setiap performance, Energizing Soy Protin dan Meal Shakes

Latihan sukan : Campurkan 2 sudu besar dalam 500ml air dam minum satu jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu ;latihan fizikal. Minum 1 jam kemudian selepas latihan fizikal untuk penyahidratan dan mengembalikan tenaga.

Tidak mengandungi perisa tiruan,pemanis atau pengawet

*Nota : Elakkan dari terdedah (simpan dalam peti sejuk selepas dibuka)



Kalau pekenan nak cuba boleh hubungi Diana di talian 019 -3250676

atau untuk detail:



Sekian. Untuk perkongsian hari ini. 
















Terima Kasih dengan setiap kunjungan anda di blog ini.