Assalamualaikum
Salam 3 ramadan
Berita sedih.......
Kisah petang semalam, lagi 10 minit nak berbuka puasa...alih-laih dapat berita sedih....'peod'. Sebenanrnya tanda-tanda nak 'peod' ni dah terasa 2, 3 hari lg. Tapi ku tahan jebat. Alih-alih...boleh pulak petang, lagi 10 minit jer......10 minit je nak azan maghrib....dah terkandas. Apa nak dikata..sudah suratan ilahi. Aci ke tak aci, tetap kira cuti sehari berpuasa.
Waaaaaaaaaaa
Tutup kisah sedih tu. G jauh-jauh kesedihan.
Korang berbuka apa ari ni?
Menu berbuka puasa Diana pada hari ni .
Mee Kari
Karipap
Air mata kucing
Diana kalau bab berbuka puasa paling mudah 'kacang'. Tak yah sakit kepala nak pikir menu apa. Tak yah sakit kepala nak pikir nak berbazar ramadan di mana. Tak yah pening kepala nak masak bagai.
Nak tahu sebabnya?
Kerana sepanjang bulan ramadan al mubarak...kami sekeluarga tidak berbuka dengan nasi.
Pelik tapi benar!
Sepanjang bulan puasa kami berbuka dengan menu adik beradik 'mee' dan kuih-kuih home made
Antaranya:-
Mee goreng
Mee sup
Mee kari
Bihun Goreng
Kuihteow
Laksa
Kuih karipap
Roti Jala
Ada masanya soto. Menu akan di rotate berselang-selang sepanjang bulan puasa.
Boleh kenyang ke makan adik beradik mee je?
Tulah persoalan yang mula-mula timbul masa Diana mula-mula kawin dengan en somi dulu. Giler ke apa berbuka tak makan nasi. Mana syok! Yelah mak pak Diana dah train berbuka wajib ada nasi. Even mak buat mee goreng sekalipun...pastu mesti cari nasik jugak. Betul tak?
Secara praktikalnya...ni tradisi keluarga sebelah Encik Somi. Berbuka puasa tanpa nasi. Kemudian En somi turunkan ke Diana pulak. Tak pasal-pasal Diana turunkan ke kakak (Arissa).
Masa mula-mula kawin dulu...rasa tak keruan bila berbuka makan adik beradik mee je. Serius tak kenyang . Sumpah aku selalu tarik muka bila setiap kali berbuka kene masak mee ajerrrr. Sampai satu tahap dah tak lalu nak pandang mee.
Akibatnya...aku slim menjelang syawal. Ayat tak boleh bla. Ha...haha.....
Tapi setelah 9 tahun berbuka puasa tanpa nasi. Ia dah tak jadi masalah.
9 tahun kut...bukan 9 bulan bukan 9 hari. kalau tak biasa jugak tu namanya menggedik lebih. Orang kampung kata dah 'lali'. Kata lainnya bermaksud dah terbiasa. Dah tak heran kalau tak jumpa nasi masa berbuka puasa. Nak-nak Arissa pun tak pernah request nak berbuka dengan nasi. lagi mudahlah keje mama.
Kami hanya berjumpa nasi ketika bersahur sahaja.
So menu berbuka puasa kami amatlah ringkas dan super jimat! ( trademark lah konon)
Logiknya,
Bila perut tak berapa nak kenyang ni barulah laju sikit nak bersolat terawih. Mata pun taklah cepat layu.
Tak gitu?
Pesanan penaja
Bulan-bulan puasa ni elakkan pembaziran. Kalau ke bazar ramadan...rancang siap-siap nak beli apa. Jangan main hentam pergi je.
Kerana silap hari bulan...tak cukup tangan nak bawak juadah untuk berbuka nanti. Mana taknya...nampak ayam golek sedap, ayam percik sedap, murtabak pun menarik, kuih talam lagi....kuih pelita lagi....huhuuuuuu........perut tengah lapar...semua mende nampak sedap kan?
Tak pasal-pasal pembaziran pun berlaku...Sapa rugi? Diana tak rugi apa pun...pasai kami makan mee jahhhhhh....
Hi....hi......hii......
Sebelum masuk kelambu..kasi telan siap..siap Vitamin E. A great antioksidan vitamin.
Kata nak kekal muda remaja. Kenelah ghajin telan Vitamin E.
|
Super jimat..sehari telan sebiji je. Sebotol ada 120 biji. Bertahan sehingga 4 bulan. |
|
|
|
Berminat? Hubungi Diana 0193250676
Jumpa lagi
Bai!
Terima kasih dengan setiap kunjugan anda di blog ini.